Siapa je yang tak kenal dengan Nur Fazura yang sememangnya terkenal sebagai seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan usahawan berjaya ini kan? Kalau korang ikuti perkembangan Fazura, selain daripada telah berhijrah dengan memakai hijab, aktres ini turut mempunyai empayar perniagaan yang besar.
Menerusi laman web fazbulous.com, aktres ini telah menjual pelbagai produk seperti produk penjagaan kulit jenama sendiri iaitu Fazura Skincare, produk kecantikan iaitu Fazura Beauty, Tudung Fazura dan banyak lagi.
Baru-baru ni menurut Gempak, Nur Fazura telah melancarkan aplikasi gaya hidup muslim, Mukmin Pro yang bakal memberi manfaat kepada kebanyakan pengguna, terutama sekali seluruh umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut Fazura, pembangunan aplikasi Mukmin Pro dibuat dengan teliti memandangkan kandungan dan ciri-ciri yang ada dapat menjadi pelengkap kepada aktiviti harian para pengguna.
“Saya memang suka aplikasi gaya hidup seperti ini. Saya ingin aplikasi ini sama-sama memberi manfaat kepada semua orang”
“Apabila pembangun aplikasi Huzaifa menyatakan hasrat ingin berkolaborasi, saya menjadi teruja. Saya anggap ini hadiah daripada Allah untuk saya” – Nur Fazura
Menyentuh tentang keistimewaan aplikasi tersebut, Faz ada berkata yang antara ciri menarik yang perlu dicuba adalah ciri penentu arah kiblat kerana sesetengah aplikasi lain menurutnya tidak tepat dalam menunjukkan arah kiblat.
Selain itu, aktres jelita ini turut menyatakan bahawa ciri-ciri seperti fungsi getaran turut dimuatkan khusus untuk memudahkan orang kurang upaya untuk tidak ketinggalan menggunakan aplikasi ini.
Faz turut menambah yang aplikasi Mukmin Pro ini turut menjanjikan keselamatan data dengan setiap kandungan videonya ditapis dan juga kemudahan-kemudahan lain seperti infaq makanan dan ibadah korban.
Korang boleh download aplikasi Mukmin Pro ni menerusi Google Play Store dan App Store secara percuma tau!
Baca: “Terjual 20 ribu helai dalam sehari” – Koleksi Tudung ‘Kakak Kita’ Fazura Laku Keras