in

“Sama! Perangai pun sama!” – Personaliti Media Sosial Dari US Seakan ‘Twin’ Imran Bard Buat Ramai Terhibur

Ft Imran Bard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata dalam dunia ini kita mungkin ada tujuh orang kembar yang seiras dengan wajah kita. Nampaknya personaliti media sosial, Imran Bard sudah jumpa seorang apabila netizen menemukan seorang influencer dari US yang mirip seakan-akan dengannya.

Pemuda dari US tersebut dikatakan tinggal di Los Angeles dan mempunyai paras rupa persis Imran Bard, bila diperhatikan profil akaun TikTok @Juhm ini, perwatakan mereka juga seakan sama!


Artikel berkaitan: “Pertemuan ini akan jadi penentu” – Ellie Suriaty Setuju Berjumpa Dengan Imran Bard

Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Menangis Dijadikan Bahan Lawak Netizen Gara-gara Kes Imran Bard

“Love you twin”

Ia bermula selepas hantaran daripada @Juhm itu tular di Malaysia dan dilihat ruangan komen TikTok pemuda itu dibanjiri dengan komen daripada netizen Malaysia yang mengatakan dirinya persis dengan influencer dari negara ini.

Terpanggil dengan komen tersebut, tuan empunya badan, Imran Bard tampil memberikan respon dan ia membuatkan ramai pengikut mereka rasa teruja.

@imeringue2

#stitch with @Juhm

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

Menjengah ke ruangan komen, dilihat @Juhm juga menyedari kemiripan di antara mereka dengan menggelarkan Imran Bard sebagai twin.

Screenshot 2026 01 29 123005

Kembar lain ibu bapa – Netizen 

Berikut antara komen daripada netizen yang menggelarkan mereka berdua sebagai ‘kembar lain ibu bapa’.

Screenshot 2026 01 29 123252 Screenshot 2026 01 29 123338 Screenshot 2026 01 29 123417

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.