in

“Sama macam arwah abah…” – Wanita Terkedu, Menangis Jumpa Pak Cik Iras Wajah Bapa Di Lapangan Terbang

Arwah Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya orang yang pernah kehilangan insan tersayang sahaja tahu betapa peritnya rasa rindu.

Mungkin, itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan seorang wanita setelah terserempak dengan seorang pak cik yang mempunyai rupa iras dengan arwah bapanya.


Menerusi hantaran @cik_kila_08 di laman TikTok, pertemuan tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga berada di lapangan terbang untuk mengambil ibunya yang baru selesai menunaikan ibadah haji.

@cik_kila_08 siang tadi lepas jumaat akim cakap dia rindu arwah abah dia rindu nk cium abah..dgn xdisangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar tenampak muka sebijik arwah abah..terus panggil akim suruh tengok..alhmdulilah mgkn doa dia tadi allah angkat.terimakasih ya allah hilang kn sedikit rindu kami pada arwah.. terimakasih pakcik melayan kerenah kami semua..bg akim peluk cium pakcik..🫂😭.#rinduyangtiadaberpenghujung #bahagiaitusederhana #bahagiacarakita #gilaxsayang #kitacarikawanbukanlawan #kelindanabamkargo ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

“Siang tadi, lepas solat Jummat, Akim cakap dia rindu arwah abah. Rindu hendak cium abah. Apa yang tidak disangka, semasa kami semua jemput mak balik menunaikan haji, kakak ipar ternampak seseorang yang wajahnya sama seperti arwah abah.

“Saya terus panggil Akim untuk tengok sekali. Alhamdulillah, mungkin semua ini disebabkan doanya tadi. Terima kasih ya Allah hilangkan rindu kami pada arwah abah.

“Terima kasih juga kepada pak cik yang sanggup melayan karenah kami semua,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Lebih menyentuh hati, pak cik tersebut juga membenarkan mereka sekeluarga mencium tangan dan memeluknya sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Tambah @cik_kila_08, pertemuan tersebut sedikit sebanyak berjaya mengubat kerinduan mereka sekeluarga terhadap arwah ayahnya. Malah, layanan pak cik tersebut terhadap keluarganya juga sangat mesra dan tidak kekok melayan permintaan mereka sekeluarga.

Ketika artikel ini ditulis, video tular tersebut telah mendapat 256,600 tanda suka dan 8,133 komen.

Artikel berkaitan: “Janganlah buat saya nangis” – Viral Video Wajah Seiras Arwah Ibu, Wanita Dipertemukan Dalam MHI

Artikel berkaitan: “Kat tempat cantik” – Ina Naim Kongsi Arwah Suami Mimpi Siti Sarah & Sharifah Aini Sebelum Pergi

Arwah Bapa
Tangkap layar hantaran @cik_kila_08 di laman tiktok.

Dalam ruangan komen, kebanyakan netizen juga mengakui mereka tersentuh hati dengan pertemuan tersebut.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing berjumpa dengan seseorang yang mempunyai rupa seakan-akan sama dengan insan tersayang yang sudah pergi dijemput ilahi.

“Saya juga pernah jadi macam ini. Rupanya sama dengan arwah adik saya. Masa tu, anak saya yang perasan. Bila saya toleh, terus meleleh air mata,” kata Bonda Hudd.

“Situasi ini sama macam saya. Saya terjumpa seorang mak cik ini mirip arwah mak saya. Sampai terkaku saya pada waktu itu. Makcik tu benarkan saya panggil dia mak untuk lepaskan rindu,” kata Angah Joker.

“Allah maha berkuasa. Terkabul doa semua,” kata Azman.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.