in

“Salam kirim rakyat Malaysia” – Pengerusi Muslim Care Malaysia Kekal Tenang Meskipun Cedera Di Kepala

Pengerusi Muslim Care Malaysia

Kekejaman tentera Israel bukan sahaja kepada penduduk di Gaza, tetapi turut memberi kesan kepada wartawan dan aktivis kemanusiaan di sana.

Dalam kejadian terbaru, Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) cawangan Palestin, Abu Ayesh Al Najjar antara yang tercedera susulan kediamannya dibedil tentera Zionis.

Namun, Abu Ayesh yang aktif membantu mengedarkan bantuan makanan dan keperluan asas hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dilihat kekal tenang dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial.

Artikel berkaitan: Puluhan Ribu Penduduk Palestin Terpaksa Ke Gaza Selatan Untuk Selamatkan Diri

Artikel berkaitan: “Nasi sebungkus kongsi 4 orang” – Rakyat Palestin Catu Makanan, Hazeman Huzir Rasa Serba Salah

Meskipun dalam keadaan berlumuran darah, warga Palestin ini masih tersenyum sambil mengucap salam kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik.

@officialalizakim

This is a video personally sent to my friends and forwarded to I from one of our teams in Gàzá! 😭 Sent to the team: Our colleague Dr. Abu Ayesh Al-Najjar, director of the Muslim Care Foundation in Gaza, was injured, and we are now beside him in the hospital The Dr. Hasmah and Enaya Center in Khan Yunis Governorate, which was built by Malaysia, was destroyed. #gaza #palestine #freepalestine #savepalestine

♬ original sound – Aliza Kim – Aliza Kim

“Saya sekarang bagus. Alhamdulillah. Salam kirim rakyat Malaysia.

“Cepat atau lambat kami akan dapat kemenangan,” katanya.

Dalam video itu, beliau dilihat terbaring dan menerima beberapa jahitan akibat kecederaan pada bahagian kepalanya.

Malah, beliau tidak patah semangat untuk menyampaikan amanah rakyat Malaysia kepada penduduk yang memerlukan di Gaza.

“Beberapa jam dari sekarang, saya akan keluar agihkan bantuan kamu (Malaysia),” katanya sambil menunjukkan tanda bagus.

Menurut laporan, Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan angka kematian mencecah 10,328 orang dengan 2,350 mangsa lagi dilaporkan hilang termasuk 1,300 kanak-kanak, setakat kelmarin.

Sumber: TikTok, Harian Metro