Boleh dikatakan pada masa kini, ramai di antara kita mengalami masalah kewangan disebabkan ekonomi negara yang tidak stabil dan ditambah pula dengan kesan COVID 19 yang menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar.
Disebabkan hal tersebut, segelintir daripada masyarakat telah mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada ‘Ahlong’ yang jelas-jelas suatu tindakan yang sangat bahaya.
“Orang lain berhutang, rumah & kereta aku jadi mangsa”
Namun situasi ini menjadi bertambah tidak enak apabila penghutang melarikan diri dan tak pasal-pasal pula orang lain yang terpaksa menerima padah.
Menerusi perkongsian lelaki bernama Azhar Md Arif di Facebook, dia telah memohon doa daripada orang ramai supaya dirinya dilindungi selepas diganggu oleh ‘Ahlong’.
Namun yang menjadi kekeliruannya kini, bukan dirinya yang berhutang tetapi jirannya! Malah lebih menakutkan apabila ‘geng Ahlong’ terbabit telah menyimbah cat merah ke rumah dan keretanya. Alahai tak memasal pulak!
Kisah jiran berhutang dengan ‘along’. Kejadian simbah cat merah malam tadi di rumah aku. Orang lain berhutang, rumah dan kereta aku jadi mangsa.
Aku buat posting ni untuk korang bantu aku viralkan posting ini, supaya kita lebih berwaspada. Nak harap si penghutang call aku untuk bayar ganti rugi ni belum tentu lagi kan,” katanya.
“Dahlah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu”
Menurut Azhar lagi, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12 malam semalam apabila dia terdengar jeritan jiran depan rumahnya.
Sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan dua orang lelaki menunggang motosikal terus beredar dari rumahnya selepas mencampakkan sebotol cat merah di depan rumah.
“Rumah aku nombor 288, kalau ikut note yang ditampal, rumah penghutang nombor 286 dah kosong tiada penghuni hampir setengah tahun. Aku wasap si along nombor tu, si along siap suruh kita pulak cari owner rumah tu.
“Dahlah salah rumah dia boleh suruh kita cari si penghutang tu, sabar jelah.
“Korang doakan semoga urusan aku dipermudahkan. Report polis pun dah dibuat. Yang paling sedih budak yang menyimbah tu budak Melayu kata jiran yang nampak kelibat budak tu,” tulisnya.
https://www.facebook.com/1420601928/posts/10221485736479063/?d=n
Apa-apapun diharapkan keluarga lelaki ini dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak diancam bahaya. Risau betul kalau ada jiran jenis pinjam ahlong ni.
Baca: Lelaki Sanggup Bakar Bentley Semata-Mata Nak ‘Claim’ Duit Insurans Untuk Bayar Hutang Ahlong