in

“Salah ke ‘happy’ walaupun single?’ – Netizen Tuduh Shila Amzah ‘Gatal’ Nak Ada Pasangan

Salah ke happy walaupun single Netizen Tuduh Shila Amzah Gatal Nak Ada Pasangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Shila Amzah bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tempatan, dia mencipta sejarah apabila menjadi pemenang rancangan realiti nyanyian di China, Asian Wave pada tahun 2012 malah tahun ini juga dia merangkul Anugerah Juara Lagu bergandingan bersama kumpulan indie SOG.

Penyanyi berbakat besar itu baru-baru ini juga tidak melepaskan peluang mengikuti trend soal jawab Instagram di mana, orang ramai boleh bertanyakan soalan secara anonymous atau tidak dikenali menerusi aplikasi NGL.


Shila dalam Insta-story miliknya berkongsikan beberapa mesej-mesej dan soalan yang diajukan kepadanya.

“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki…” 

gatal 1 1

Salah satu story yang menarik perhatian ialah apabila terdapat sebuah mesej yang mengatakan Shila Amzah ini gatal dan tidak matang hanya kerana penyanyi tersebut berkongsi bahawa dirinya sedang bahagia.

“Releks lah dulu jgn tunjuk sangat…dari dulu sampai sekarang selalu over bab relationship ni” tulis mesej itu. 

Perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan penyanyi tersebut melatah, malah dia hanya membalas dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan memesan individu itu supaya jangan jadi pendengki.

“Aiyo haha what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni, korang ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha takde cakap pun. And, salah ke kalau nak happy happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pedengki, binasa diri.” Tulis Shila

Ha kan dah kena dengan Shila Amzah…

Baca: “Saya struggle mental dan fizikal!” -[VIDEO] Shila Amzah Dah ‘Muak’ Dengan Komen ‘Body Shaming’

Untitled design 2022 06 02T130340.498

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.