in

Salah Guna Logo Halal, Syarikat Bakal Berdepan Saman RM200,000, Individu RM100,000

2halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi menangani salah guna logo halal yang berleluasa ketika ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, mendedahkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan denda bagi penyalahgunaan logo tersebut.

Memetik laporan Bernama, cadangan ini diusulkan selepas Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan mencadangkan KPDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengkaji semula kemungkinan menaikkan denda sekiranya kesalahan seumpama itu terus meningkat.


Screenshot 2025 01 18 at 2.21.44 PM

Armizan menegaskan bahawa hukuman semasa untuk menyalahgunakan logo halal sudah berat. Jelasnya, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Definisi Halal) 2011, syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta, manakala individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun.

Dibawah Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011, syarikat boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan tertentu, dan penalti boleh RM500,000 bagi pelanggaran yang lebih serius.

Screenshot 2025 01 18 at 2.20.55 PM

Bagi individu pula, denda boleh mencecah RM100,000, penjara setahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan lain, penalti boleh termasuk denda sehingga RM250,000, penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

Baca: Isu Sandwic ‘Ham & Cheese’ Dijual Di IPTA, JAKIM Sahkan Tiada Sijil Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.