Dimanakah kasih seorang ibu? Mengapa sanggup bertindak kejam terhadap darah dagingnya sendiri?
Itulah persoalan yang bermain dekat minda semua orang lepas baca cerita pilu yang menimpa adik Jessica Mananohas dari Indonesia ni.

Menurut laporan Tribun, Jessica dari Manado, Sulawesi telah disiram dengan minyak tanah sebelum dibakar oleh ibu kandungnya, Olga Semet pada 12 September lalu.
Menurut satu info, ketika kejadian, Olga meminta Jessica untuk ambilkan pisau tapi dia lupa membuatkan wanita tu marah.
Dia kemudian mula pukul Jessica dengan pelepah daun kelapa sebelum melumurkan seluruh badannya dengan minyak tanah dan menyalakan api.
Akibat daripada perbuatan kejam tu, anak kecil berusia 9 tahun ni menderita badan melecur sebanyak 85%.

Orang kampung yang sedar dengan kejadian tu terus segera bawa Jessica ke hospital berdekatan. Jessica kemudian dipindahkan ke hospital di Kandou Manado untuk rawatan intensif kerana keadaannya yang semakin parah.
Difahamkan, Olga kini dibawah tahanan pihak polis untuk siasatan dan Jessica pula dijaga oleh ibu saudaranya, Nurlince Sahambangu sepanjang berada di hospital.

Menurut Nurlince, anak saudara dia telah menjalani 4 pembedahan untuk membersihkan semua luka bakar di badan.
“Bahagian belakang badan dia sudah bersih, tinggal bahagian depan saja.”
Ketika masih dirawat, Jessica dilawat dan terima suntikan semangat daripada ramai penduduk kampung yang prihatin dan pertubuhan NGO termasuklah Gabenor.


Meskipun keadaannya beransur pulih, malangnya dia disahkan meninggal dunia selepas 41 hari bertarung nyawa. Jessica menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 petang pada 23 Oktober.


Walaupun diperlakukan macam tu oleh ibu dia, Jessica dikatakan sudah pun memaafkan perbuatan orang tuanya tu.
“Jessica sudah maafkan ibunya dan mendoakan agar perbuatan ibunya itu diampunkan oleh Tuhan.”
Kalau betul la, harap mak dia terima hukuman setimpal…