in

Saksi Tampil ‘Backup’ Abang Baju Merah, Dakwa Pemandu Wanita ‘Overtake’ Secara Berbahaya?

ft backup abang baju merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular sebuah isu yang telah menjadi perdebatan warganet susulan video yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah bertindak mengasari seorang pemandu perempuan yang didakwa telah memotong secara berbahaya.

Selain komen-komen berunsur kecaman terhadap lelaki tersebut kerana berlagak seperti samseng, ada juga netizen yang cuba mempertahankan tindakannya.


Melalui sebuah hantaran di Twitter, seorang individu yang juga mendakwa dia saksi di tempat kejadian itu telah tampil untuk memberikan penjelasan.

Fx77Jk aUAALjs71 crop 2

“Kami ada kat belakang kereta Myvi biru ni semalam, kami elak nyaris masuk gaung semalam. Kereta Alza depan ngelak sampai kat bukit.”

“Saya kat belakang akak ni. Abang tu depan akak ni. Kereta Alza biru elak akak ni sampai ke tepi bukit,” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki berbaju merah itu juga telah bertindak membuat laporan polis selepas videonya tular di media sosial demi keselamatan diri dan keluarganya.

Menurut sebuah ciapan berlainan, difahamkan lelaki itu berasa sangat marah terhadap pemandu wanita itu yang didakwa overtake secara berbahaya hingga menyebabkan dia terpaksa mengelak ke kiri menghampiri curam.

Turut berada dalam kereta bersamanya adalah isterinya yang sarat mengandung 8 bulan dan juga seorang anak berusia 2 tahun.

Fx8DPNdakAA5HOz crop

“Yang viral belum tentu betul” – Netizen

Ruangan komen sebuah video di TikTok dipenuhi dengan warganet yang meluahkan rasa simpati terhadap abang berbaju merah tersebut.

Screenshot 1 1

Difahamkan suspek berbaju merah tu dah pun ditahan pihak berkuasa..

Sumber :mStar, Twitter (1) (2), TikTok

Baca : ‘Tunjal’ Dahi Wanita, Lelaki Berlagak Samseng Kini Diberkas Polis

tunjal dahi kena tangkap 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.