in

Saksi Dedah Riak Wajah Ismanira Tidak Risau, Lapor Polis Kehilangan Zayn Rayyan Lepas 5 Jam

zayn rayyan ismanira tak risau hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, telah berlangsungnya kes perbicaraan pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang menyaksikan saksi memberitahu mahkamah bahawa ibu kepada Allahyarham telah membuat laporan polis selepas lebih lima jam kanak-kanak autistik itu dikatakan hilang.

Saksi ketiga pendakwaan, Koperal Nurul Khairina Mohammad Zuki, 35, yang juga anggota dari Balai Polis Sri Damansara berkata, beliau telah menerima laporan daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Ismanira pada jam 5.45 petang (5 Disember 2023) berhubung kehilangan kanak-kanak tersebut.


WhatsApp Image 2023 12 10 at 10.19.59

 

Dalam laporan itu, pengadu menyatakan pada jam 12 tengah hari ketika dia mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu menyedari anak lelakinya tiada di belakang pengadu.

“Pengadu menyatakan anaknya ada memberontak sebab tidak ikut kemahuan. Pengadu menjelaskan bahawa anak lelakinya orang kurang upaya (OKU), autistik dan tidak boleh bertutur,” katanya.

Artikel berkaitan: Saksi Bongkar Keadaan Mayat Adik Zayn Rayyan Masa Ditemui

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan Serta-merta Pertuduhan Abai Anak

Buat laporan lepas 5 jam anak hilang 

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian, saksi yang sudah 11 tahun bertugas di balai itu berkata, beliau terima laporan kehilangan kanak-kanak berusia 6 tahun terbabit.

Kamarul Iman: Semasa bertugas ada terima laporan polis?

Nurul Khairina: Ada.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan laporan kamu terima?

Nurul Khairina: Laporan kehilangan kanak-kanak.

Kamarul Iman: Boleh nyatakan lebih kurang jam berapa?

Nurul Khairina: Lebih kurang jam 5.45 petang.

Kamarul Iman: Adakah kamu masih ingat siapa membuat laporan itu?

Nurul Khairina: Masih ingat… Puan Ismanira.

Kamarul Iman: Boleh kamu nyatakan perkara apa yang dilaporkan?

Nurul Khairina: Pengadu menyatakan pada 5 Disember 2023 jam 12 tengah hari ketika pengadu mahu menaiki tangga untuk balik ke Blok R Apartmen Idaman, pengadu sedari anak lelaki tiada di belakang. Pengadu nyatakan pada masa itu, anak pengadu ada memberontak kerana tidak diikuti kemahuan dan pada masa itu juga pengadu pegang banyak barang.

Kamarul Iman: Ada pengadu jelaskan butir-butir anak hilang itu?

Nurul Khairina: Ada, pengadu jelaskan anak lelaki pengadu OKU autisme dan tidak boleh bertutur.

Kamarul Iman: Boleh jelaskan ada atau tidak diterangkan umur?

Nurul Khairina: Ada, umur enam tahun.

Riak wajah Ismanira tidak nampak risau

Sementara itu dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Haresh Mahadevan, saksi berkata, pengadu ada memberitahu bahawa dia mencari anaknya yang hilang bersama jiran sebelum membuat laporan polis.

Berikut merupakan kenyataannya…  

Haresh: Semasa kamu menerima laporan polis ini, ada atau tidak kamu bercakap atau berbincang dengan pengadu?

Nurul Khairina: Saya menaip laporan seperti mana keterangan diberikan oleh pengadu.

Haresh: Saya juga cadangkan bahawa pengadu beritahu anda pada masa itu, pengadu sedang memikul beg anak beliau di belakang, memegang sebuah ‘handbag’ (beg tangan) di sebelah tangan, dan sebelah tangan yang lain dia pegang barang dari Econsave untuk masak tengah hari bagi kanak-kanak yang hilang itu.

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Haresh: Saya cadangkan balai polis ada terima panggilan pada jam 12 tengah hari pada hari itu berkaitan kehilangan kanak-kanak.

Nurul Khairina: Tidak tahu.

Haresh: Saya cadangkan kepada kamu bahawa air muka pengadu semasa kejadian, adalah dalam kerisauan?

Nurul Khairina: Tidak.

Haresh: Jadi dia nampak gembira? Melompat-lompat?

Nurul Khairina: Tidak, seperti pengadu yang lain datang ke balai.

Haresh: Saya cadangkan pengadu memaparkan muka yang amat kerisauan.

Nurul Khairina: Tidak setuju.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari 5 Disember dan jam 9.55 malam 6 Disember 2023.

nera 1738676731

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan ini akan bersambung pada hari ini. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.