in

Saksi Bongkar Keadaan Mayat Adik Zayn Rayyan Masa Ditemui

ft zayn rayyan saksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dimaklumkan bahawa mayat Orang Hilang (OH) yang juga seorang kanak-kanak lelaki ditemui di tepi tebing laluan anak sungai berhampiran takungan air berdekatan Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai pada Disember 2023.

Saksi pendakwaan kedua, Koperal Sulaimen Razak, 42, yang juga jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata, berdasarkan gambar-gambar yang diambil pada Disember 2023 itu terdapat kesan kecederaan di bahagian telinga kiri dan tangan kanan pada mayat OH tersebut.


Artikel berkaitan : Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Dibebaskan Serta-merta Pertuduhan Abai Anak

Artikel berkaitan : Kes Zayn Rayyan: Representasi Ditolak, Zaim Ikhwan & Ismanira Kini Diwakili Peguam Baru

Bagaimanapun semasa prosiding, saksi itu tidak mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya Kamarul Iman Ahmad Sapian, saksi itu turut berkata mayat mangsa ada di tepi tebing laluan sungai dengan takungan air yang terletak di sebelah atas manakala mayat mangsa di sebelah bawah.

Berikut merupakan skrip perbualan antara pendakwaraya dan saksi berdasarkan laporan Kosmo!

Pendakwaraya: Gambar 23 dan 24 gambar apa?
Saksi: Gambar mangsa dijumpai di tepi tebing dengan takungan air di sebelah atas dan mangsa di bahagian bawah.

Pendakwaraya: Gambar 30 gambar apa?
Saksi: Gambar lencana sekolah
Pendakwaraya: Terletak di mana (lencana sekolah).
Saksi: Bahagian atas sebelah kiri poket pakaian mangsa.

Sementara itu, saksi ketiga, Koperal Nurul Khairina Mohammad Zuki, 35, yang merupakan anggota dari Balai Polis Sri Damansara berkata, beliau adalah anggota polis yang menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak autistik itu pada 5 Disember 2023 pukul 5.45 petang daripada Ismanira.

WhatsApp Image 2025 02 04 at 4.49.54 PM

“Dalam laporan itu pengadu mengatakan pada pukul 12 tengahari dia mahu menaiki tangga untuk balik ke blok R, pengadu sedari anak lelaki pengadu tiada di belakang pengadu.”

“Pengadu ada menyatakan anaknya ada memberontak sebab tidak ikut kemahuan. Pengadu menjelaskan anak lelakinya orang kelainan upaya (OKU), autistik dan tidak boleh bertutur.”

Berdasarkan pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.