Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini timbul lagi konflik antara usahawan Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan Nur Sajat dengan adiknya, Mustika. Semuanya didakwa berpunca apabila Aliff Syukri yang mewakilkan Sajat membelikan kerusi roda baharu buat ayah mereka.
Susulan itu, timbul fitnah bahawa Mustika dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab untuk menjaga bapanya yang sedang sakit.
Artikel Berkaitan: “Tak pasal aku kena fitnah” – Adik Sajat Bengang Dituduh Abaikan Bapa?
Artikel Berkaitan: Bapa Lumpuh Tak Boleh Jalan, Sajat Bersyukur Aliff Syukri & Isteri Sanggup Bantu Belikan Kerusi Roda
Tidak mahu mendiamkan diri, Sajat ada tampil berikan respon dengan memohon orang ramai agar tidak melaga-lagakan dirinya dengan adik beradik lain.
Menerusi satu video di TikTok, Sajat menjelaskan bahawa setiap adik beradik ada tanggungjawab masing-masing.
Misalnya, dirinya kini hanya mampu bantu dari segi kewangan memandangkan dia sudah bermastautin di Australia, sebaliknya adik beradiknya yang banyak bantu memudahkan urusan lain.
“Adik beradik Sajat yang tolong, diaorang bawa bapa Sajat pergi klinik, pergi hospital, pergi luangkan masa, tengok dia semua, korang janganlah melaga-lagakan. Cukup lah.”
Jelas Sajat lagi, dia begitu faham seandainya adik beradiknya melenting kerana kata-kata pedas netizen. Jelasnya lagi, adik beradiknya jauh lebih mulia berbanding dirinya kerana menjaga ayah sakit dan anak-anak Sajat.
@sajatperempuanfuh Replying to @Norkaidah Endless #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral #sajat #nursajat
“Saya ni nak bagi kejutan sahaja, untuk keluarga saya, itu saja. Adik beradik saya pun tengokkan anak-anak saya. Jangan la buat macam tu, saya jadi makan hati tau, adik beradik I rahsiakan benda ni sebab dia tak nak bagi I susah, sebab I kan jauh.”
“Bila adik beradik dengar, dia akan terasa, orang akan kata Sajat lah yang mulia. Awak, diaorang lebih mulia daripada saya, saya ni hanya mampu bantu dari segi kewangan je. Saya ni dah lah jauh daripada keluarga, bila jadi macam ni kan, adik beradik pun tak nak angkat telefon.”
Kata Sajat lagi, dia risau tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya disebabkan hal-hal sebegini dan itu membuatkan dirinya bertambah makan hati setelah berjauhan dengan keluarganya.
Sumber : TikTok