in

“Saiz mengecil, masam” – Strawberi Cameron Highland Makin ‘Pupus’ Akibat Kenaikan Suhu?

Cameron Highland Makin Panas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suhu di tanah tinggi yang popular di negara ini, Cameron Highland mengalami perubahan drastik sejak tiga dekad lalu dengan peningkatan minimum sebanyak 7.5 darjah Celcius.

Keadaan ini nyata menggusarkan masyarakat dan pengusaha setempat dan menurut ahli jawatankuasa Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (REACH), Roy Margaret,  sekiranya perkara ini terus berlaku, strawberi terkenal di kawasan itu akan lenyap.


Menurutnya dia tidak terkejut sekiranya satu hari nanti, tanah tinggi berkenaan tidak lagi mampu menghasilkan buah strawberi yang sering dikaitkan dengan destinasi terkenal tersebut kerana apabila suhu kian meningkat, ia akan lebih panas, sama seperti di bawah dan jenis tumbuhan juga akan berubah.

Nature Greenhouse Transport Plant Soil Farm 1586237 Pxhere.com

“Saiz strawberi yang dihasilkan terjejas teruk dan ia akan menjadi lebih kecil pada masa hadapan”

Tambahnya lagi, pelancong datang ke tempat berkenaan bagi menikmati keindahan alam semula jadi, namun penebangan hutan serta pemanasan global telah merosakkan keindahan tempat tersebut.

Menurut rekod Jabatan Meteorologi, suhu minimum dan suhu maksimum yang dicatatkan ketika ini adalah pada 16°C and 23°C.

Strawberries

Tambah Roy lagi, perubahan iklim sememangnya tidak dapat dihentikan namun impak dan kenaikan suhu tersebut masih boleh dikawal, katanya ketika meluahkan kebimbangan yang dialaminya terhadap kesan kenaikan suhu ini terutamanya pada flora dan fauna di Cameron Highland.

“Strawberi akan tumbuh dan membesar dengan cantik dalam suhu yang sederhana, dan sekiranya ianya meningkat melebihi 23°C, ia bakal merosakkan hasil tanaman”

Dia turut menjelaskan bahawa hutan di sekitar tanah tinggi berkenaan membantu untuk mengawal suhu disana namun dengan kegiatan pembersihan tanah yang berlaku tanpa kawalan, ianya akan menjejaskan suhu serta mendatangkan masalah berkaitan alam sekitar yang lain termasuklah banjir dan tanah runtuh seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Selain agrikultur, tanah tinggi berkenaan bergantung kepada industri pelancongan dan juga agro-pelancongan yang amat sensitif dengan perubahan suhu.

Tambahnya lagi, selain ladang strawberi, pelawat yang datang ke sana akan menikmati pemandangan cantik dari puncak Gunung Brincang yang boleh diakses menggunakan jalan raya dan juga ladang-ladang teh yang terhampar luas.

Bagi sesetengah resort pula, peningkatan suhu ini menyebabkan mereka terpaksa memasang pendingin hawa di dalam bilik mereka. Menurut seorang pemandu pelancong, hotel atau mana-mana tempat penginapan di sana tidak perlu menggunakan sebarang alat penyejukan termasuklah kipas.

@salwadaud_44Cameron Highlands jem melekat tak blh nk GI mana2 NIE tiap kali cuti panjg mesti jadi mcnie♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Tambahnya lagi, keadaan trafik yang tidak terkawal telah menyebabkan berlakunya keadaan yang dipanggil ‘pelepasan gas rumah hijau’ dan menyarankan agar kemasukan kenderaan ke tempat tersebut dikawal.

Menurut laporan, Tanah Tinggi Cameron menerima lebih daripada sejuta pengunjung setiap tahun dan adalah penting untuk mengekalkan identiti unik kawasan tersebut dengan memelihara alam sekitar.

Baca: “Bayar mahal, tengok bunga mati” – Pemuda Kecewa, Tunjuk Keadaan Terkini Tempat ‘Viral’ Di Cameron

Destinasi Cameron Viral 1

Sumber: PX Here

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.