Sejenis burung ditemui semula di kawasan hutan Papua New Guinea selepas ianya dianggap telah pupus selama 140 tahun menurut laporan CNN baru-baru ini.
Burung kuang yang dinamakan black-naped pheasant-pigeon tersebut kali pertama dan terakhir didokumentasikan oleh para saintis pada tahun 1882, menurut organisasi bukan bermotifkan keuntungan Re:wild yang telah membiayai usaha pencarian tersebut.
Penemuan terbaharu tersebut hasil daripada ekspedisi pencarian yang dilakukan selama sebulan di Pulau Fergusson yang terletak dalam Kepulauan D’Entrecasteaux, timur perairan Papua New Guinea yang juga lokasi asal spesies itu ditemui.
Pasukan ekspedisi itu terdiri daripada kakitangan tempatan dari Muzium Nasional Papua New Guinea dan pasukan saintis antarabangsa dari Makmal Ornitologi Cornell dan Pemuliharaan Burung Amerika.
Bercakap tentang penemuan tersebut, pasukan ekspedisi terpaksa mengharungi keadaan muka bumi Pulau Fergusson yang bergunung-ganang dan menjadikan ianya sangat mencabar.
Selain itu, penduduk tempatan memberitahu bahawa mereka tidak pernah melihat burung itu sejak beberapa dekad yang lalu.
Pun begitu, dua hari sebelum kumpulan saintis tersebut meninggalkan pulau berkenaan, sebuah kamera berjaya merakam burung yang dikatakan telah pupus itu.
The moment you realize that you’ve rediscovered a bird that has been lost to science for 140 years…#SearchForLostSpecies #SearchForLostBirds #PheasantPigeon #ConservationOptimismhttps://t.co/U318hY2KVX@abcbirds@cornellbirds@BirdLife_News
— Re:wild (@rewild) November 21, 2022
Menyifatkan penemuan tersebut seakan-akan menemui ‘unicorn’, ianya adalah detik yang sangat diimpikan para ahli pemuliharaan dan pemerhati burung, menurut ketua ekspedisi dan pengarah program burung agensi Pemuliharaan Burung Amerika, John C. Mittermeier.
Setakat ini, hanya sedikit maklumat yang ada pada para saintis tentang burung berkenaan dan mereka percaya ianya belum pupus, cuma populasinya kecil dan semakin berkurang.
Baca : Kisah Sedih Haiwan Prasejarah ‘Psittacosaurus’, Maut Tertimbus Ketika Lindungi ‘Adik-adiknya’