Sebuah video di media sosial kini tular dan telah membuatkan netizen rasa mual sekaligus marah dengan peniaga di satu bazar ini.
Video tersebut memperlihatkan satu tapak gerai makanan yang dipercayai dirakam pada waktu pagi, ketika gerai tersebut tidak beroperasi.
Namun, apa yang menarik tumpuan netizen apabila dipaparkan tapak gerak yang tidak beroperasi itu mempunyai makanan di dalamnya dan hanya ditutup dengan kain kanvas tanpa sebarang alas.
Artikel berkaitan : Purata Kutipan Sampah Bazar Ramadan Di Selangor Kurang 30 Tan Sehari Berbanding Tahun Lepas
Artikel berkaitan : Peniaga Bazar Aidilfitri Dakwa Rugi Teruk Kerana Tiada Sambutan, Presiden Peniaga Anggap DBKL Gagal
Ia membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada ia makanan yang telah disediakan semalam dan tidak habis serta barangkali akan dijual pada hari berikutnya atau ia makanan yang sudah disediakan lebih awal.
Video tersebut telah mengundang kemarahan netizen kerana mereka bimbang dengan keadaan makanan yang hanya ditutup dengan kain kanvas.
Bahkan, ada netizen yang mendakwa di kawasan itu berkemungkinan terdapat haiwan perosak yang boleh menjejaskan makanan tersebut, sekaligus membawa bahaya kepada pembeli.
Jualan tak habis ..ke atau bru letak tpi tinggalkan mcm tu jer….sah tercemar..kat snaa bnyk tikus, lipas ……naya kpd siapa yg beli….dh la jual harga mahal tapi ………ermmmm pic.twitter.com/N6FbFU1W6A
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) March 25, 2025
Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang mengecam tindakan peniaga tersebut kerana dianggap tiada etika. Malah ada yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain untuk turun padang menyerbu gerai tersebut.
Harap lah makanan itu bukan untuk dijual, rasa kesian pula dekat pembeli.
Sumber : X