in

“Sah, kerana…” – Video Lelaki Solat Dalam Banjir Dipertikai Netizen, Ini Penjelasan Penulis Buku Agama

Solat Dalam Banjir Boleh Ke Tak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang lelaki sedang mendirikan solat di dalam banjir yang mana airnya mencecah paras lutut.

Di dalam video itu, dapat dilihat lelaki tersebut memakai baju t-shirt bersama kain pelikat dan mendirikan solat tanpa menghiraukan air banjir yang meninggi ketika sujud dan duduk di antara dua sujud.


Artikel berkenaan: Khatib Tertinggal 1 Daripada Rukun Khutbah, Solat Jumaat Di 16 Masjid Sekitar Rembau Tidak Sah

Artikel berkenaan: “Permainkan agama” – Gadis Gantikan Sejadah Dengan Kertas Lukisan Arkitek Dikecam Netizen

“Bab agama jangan dibuat mainan” 

Video berkenaan walau bagaimanapun mendapat respon negatif netizen yang menganggap ia mempermainkan agama dan tidak patut dimuat naik di media sosial kerana ia mengundang persepsi tidak baik mengenai Islam.

Solat Dalam Banjir

Namun tidak ramai yang tahu, rupa-rupanya solat yang didirikan individu tersebut adalah sah, menurut seorang penulis buku agama, Yazid Hamka.

“Sah, kerana semua rukun dapat dilaksanakan” 

Menurut Yazid yang juga lulusan Quran Sunnah dari UKM, hukum solat yang dilakukan oleh individu di atas adalah sah kerana semua rukun dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi jika memang tiada tempat kering untuk solat.

Tambahnya lagi, solat tetap perlu didirikan sekalipun kita dalam keadaan banjir, mengikut kadar yang termampu.

Malah, mangsa banjir juga menurutnya mendapat keringanan untuk melakukan jamak.

Andai bimbang mudarat jika berada di dalam air, boleh solat dalam keadaan berdiri saja. Sujud dibuat dengan menundukkan badan sekdar termampu. 

“Dalam sirah Nabi juga, baginda pernah sujud dalam lumpur,” katanya lagi.

Penjelasan tersebut bagaimanapun masih menimbulkan tanda tanya netizen yang berpendapat adalah lebih baik jika video tersebut tidak dimuat naik dan dibuat sebagai content.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? 

Sumber: X (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.