Usahawan Safiey Illias tak sudah-sudah terpalit dengan kontroversi. Baru-baru ini, dia dituduh mempergunakan pelajar tahfiz pulak selepas memuat naik gambar di Instagram bersama pelajar-pelajar tahfiz bersempena majlis hari jadinya yang ke-25.
Di dalam majlis yang sama, dia turut mengadakan Majlis Iftar Ramadhan serentak dan menjemput pelajar-pelajar tahfiz serta anak yatim pada hari tersebut.
Gambar di majlis yang diadakan di JW Marriott Hotel, KL itu dimuat naik beserta caption panjang lebar mengatakan Safiey Illias cuba sedaya upaya dalam mencari hidayah yang hilang.
“Bagi aku, tidak bermakna bila kita ni jahat dalam benda lain, jadi kita kena jadi jahat dalam semua benda. Bagi aku buat orang lain gembira sudah cukup buat aku gembira. Aku tak boleh tengok mereka ni sebab aku sedih dan menangis. Doakan saya ya adik-adik semua. Amin. Kalau tak jumpa saya di syurga nanti carilah saya di neraka”
Tapi nampaknya ada individu yang kurang senang melihat keadaan ini dan menghantar direct message kepada Safiey yang kemudian ditunjukkan menerusi instastory. Individu berkenaan dah menuduh Safiey Illias pergunakan pelajar Tahfiz namun dinafikan oleh Safiey sendiri.
Selain itu ada juga netizen yang kecam Safiey dan bertanyakan sekiranya dia rasa malu dengan anak-anak tahfiz tu serta harap mereka tidak mengikut perangai Safiey.
Namun begitu, ada juga yang sokongnya dan terus mendoakan dia agar mendapat hidayah Allah dan menasihati orang lain supaya tidak menghukum.
Jenuh la admin cari mana satu Safiey dalam gambar… Huhu….
Baca: “Makin support makin naik minyak!” – Penceramah Seru Orang Ramai Boikot Safiey Illias Sampai Miskin