in

Safee Sali Bercerai Talak 2, Sahkan Sudah Berkahwin Dengan Wanita Lain

Untitled Design 2024 03 26T153322.570

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali hari ini sudah sah bercerai dengan isterinya, Fitria Elfina Maharip selepas konflik yang melanda pasangan itu.

Mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Fitria sebelum ini menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.


Artikel berkaitan: Seri 3-3 Dengan Korea Selatan, Bukan Pencapaian Terbaik Harimau Malaya! Ini 5 Kisah Gemilang Skuad Negara

Artikel berkaitan: Masih Berbisa! Safee Sali Gelecek Pemain EPL, Berjaya Jaringkan Gol

Safee

Dalam pada itu, bekas penyerang kelab JDT itu juga mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain dan mahu membuka ‘buku’ baharu dalam kehidupannya.

“Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.

Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan,” katanya.

Safee bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci mengenai wanita yang didakwa bernikah dengannya pada 26 Januari lalu.

Beliau juga mengakui, perpisahan ini membolehkannya untuk bermuhasabah diri dan menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu.

Sebelum ini, Fitria mendakwa dia tidak dapat bertemu dengan dua anak mereka dan Safee berkata perkara itu masih dalam prosiding mahkamah.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.