in

“Sado lepas ni” – Sebab COVID-19, Diplomat Rusia Naik ‘Hand-Pushed’ Troli Untuk Keluar Dari Korea Utara

Sado Lah Lepas Ni Diplomat Rusia Naik Hand Pushed Troli Untuk Keluar Dari Korea Utara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, lawatan diplomat ke negara asing akan disambut oleh tuan rumah. Selepas lawatan berakhir, usually mereka juga akan dihantar oleh tuan rumah sama dan mereka pun akan naik kenderaan yang selesa untuk balik.


Tetapi, lain pula cara yang digunakan oleh sekumpulan ahli diplomat Rusia dan keluarga mereka ini untuk keluar dari Korea Utara. Mereka menaiki troli yang menggunakan tenaga manusia di landasan kereta api untuk sampai ke sempadan Rusia.

Diplomat Rusia E1614390430229

Menurut laporan BBC News, kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak itu menggunakan cara berkenaan selepas kerajaan Korea Utara telah menyekat kemasukan sebahagian besar kenderaan penumpang ke negara itu bagi tujuan mengekang penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, semenjak awal tahun lalu, kereta api sudah dilarang untuk memasuki atau meninggalkan negara berkenaan. Malah, penerbangan antarabangsa juga telah diarah untuk tidak beroperasi.

Untuk pengetahuan korang, sebelum kumpulan diplomat ini menaiki troli terbabit, mereka sudah menempuh perjalanan yang lama dengan menaiki tren selama 32 jam. Tak cukup dengan itu, mereka juga telah menempuh perjalanan selama dua jam lagi dari Pyongyang ke sempadan Rusia. Mak aih! Lama betul!

Troli yang menggunakan tenaga manusia itu merupakan pengangkutan terakhir yang dinaiki sepanjang 1 km di atas landasan kereta api sebelum mereka  menyeberangi Sungai Tumen untuk masuk ke Rusia.

Menurut hantaran Kementerian Luar Negeri Rusia, individu yang bertanggungjawab menjadi ‘enjin’ troli berkenaan adalah Setiausaha Ketiga kedutaan, Vlasdislav Sorokin.

Russia North Korea Rail Trolley 03 Rtr Jc 210226 1614356032534 Hpmain 16X9 992 E1614390323975

Kumpulan diplomat itu dilapor disambut pegawai kementerian sebaik sahaja mereka memasuki sempadan Rusia. Mereka kemudiannya dibawa ke Lapangan Terbang Vladivostok menaiki bas.

Sumber: BBC News

Baca: “PM boleh pergi sana macam tu je” – Sweet Qismina Persoal Lawatan PM Ke Indonesia, Luah Abang Sendiri Lama Terpisah Dengan Isteri

Pm Indo E1614389766861

Sumber: ABC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.