in

Rusuhan Di Moscow : Lebih 1,500 Banduan Larikan Diri Dari Penjara

ft banduan cabut lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih 1,534 orang banduan telah melarikan diri beramai-ramai di penjara keselamatan maksimum yang terletak di Mozambique, berhampiran ibu negara Maputo. Ia susulan dengan rusuhan yang tercetus selepas pengumuman keputusan akhir pilihan raya presiden negara itu.

Isnin lepas, Majlis Perlembangan Mozambique mengesahkan keputusan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lepas dan ia menyaksiakn kemenagan calon parti pemerintah FRELIMO, Daniel Chapo dan pengumuman itu mencetuskan rusuhan di seluruh negara.


Artikel berkaitan : Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Artikel berkaitan : Satu Bilik Dikongsi 280 Banduan, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Ngeri Di Penjara Narathiwat

gZIRS7vv BULETIN TV3 A 12

Pada hari yang sama, sumber melaporkan bahawa Komander Jeneral Polis, Bernardino Rafael berkata lebih 1,534 banduan telah melarikan diri dalam kejadian itu. Ketua Polis itu turut mendedahkan bahawa terdapat 33 banduan terbunuh dan 15 lagi cedera semasa kejadian berkenaan.

“Kami mengesahkan insiden pelarian ini, tetapi pasukan kami masih berada di lapangan untuk menentukan angka sebenar dan butiran lain,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kehakiman, Justino Tonela kepada agensi berita itu.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan semula kira-kira 150 banduan yang melarikan diri, kata Rafael.

Sebagai info, menurut Kementerian Kehakiman Mozambique, penjara Keselamatan Maksimum Maputo, yang terletak lebih 13.84 kilometer dari ibu negara tersebut telah menempatkan lebih 3,000 banduan yang disabitkan dengan jenayah ganas, kebanyakannya pembunuhan.

Venancio Mondlane yang merupakan calon bebas telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan awal itu, beliau menggesa aksi penentangan awam secara besar-besaran.

Sumber : Buletin TV3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.