in

“Rupanya ramai lagi susah” – Netizen Sebak Baca Sebab Kenapa Ramai Tak Pulang Beraya Tahun Ni

collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tak lama lagi, mesti korang semua tengah sibuk dengan persiapan raya kan? Ada pulak yang hujung minggu ni pun dah mula bergerak ke kampung.

Selain itu, raya juga merupakan bulan yang menggunakan banyak perbelanjaan, selain dari beli baju-baju baru, kita juga perlukan duit untuk bayar minyak, tol serta duit raya untuk diberikan pada anak-anak.


Disebalik kesusahan yang kita rasa untuk beraya, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih susah tau. Malah, ramai orang memilih untuk tidak pulang ke kampung pada tahun ini kerana kesempitan wang dan pelbagai alasan lain.

Macam baru-baru ini, satu akaun TikTok @cikguding telah meminta netizen untuk kongsikan sebab mereka memilih untuk tidak balik beraya pada tahun ini. Perkongsian ini telah mendapat komen sebanyak lebih 10k dan mengundang sebak kepada orang-orang yang membacanya.

Tak balik raya sebab masalah kewangan

images

Majoriti netizen yang kongsikan sebab kenapa mereka tak pulang beraya adalah disebabkan kekangan wang. Ada tak balik disebabkan kereta rosak, ada yang kena buang kerja dan ada juga yang tak balik kerana malu sebab tak mampu berbaju baru.

“Tak boleh balik kereta rosak. Baju raya anak bini tak dapat beli. Duit cukup-cukup bayar rumah, air, api, barang dapur. Itu je dapat.” – A

“Tak dapat balik raya sebab, pertama dah kena buang kerja, yang kedua persiapan apa pun tak ada. Zakat pun tak dapat bayar sebab tak ada duit. Keempat, tak ada duit langsung.” – N

“Anak sorang, suami baru meninggal Februari tahun ni, mengharap adalah dapat harta suami sikit untuk raya anak tapi sampai sekarang tak ada khabar. Zakat pun saya tak bayar lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.” – L

“Hidup cukup keras sekarang. Saya baju raya anak-anak pun tak beli. Makan untuk hari-hari pun jenuh berkira. Suami pulak tak ada, dah dijemput Ilahi.” – H

“Malu tak dapat beli baju raya anak, kuih muih, malah nak beli beras pun susah. Derita ibu tunggal.” – A

“Tak beli baju raya sebab nak bayar duit rumah dulu. Bulan empat nak kena lelong dan kereta nak kena tarik. Sangat struggle dengan ekonomi sekarang ni.”

Tak ada ahli keluarga

kubur

Antara sebab lain kenapa ramai tak balik beraya juga adalah disebabkan dah tak mempunyai ibu bapa di kampung.

“Tak tahu nak balik mana. Tak ada arah nak dituju bila dah yatim piatu. Dalam fikiran hanya terdetik kerja.” – M

“Dah lama tak meraikan. Mak/ayah dah tak ada. Makan je apa yang ada. Raya kedua sambung puasa.” – S

“Saya anak yatim piatu, mak-mak saudara sebelah mak pun dah tak ada. Jadi saya raya lah di rumah dengan anak. Kot ada kawan-kawan ajak beraya saya pergi lah.” – Z

“Tak balik. Mak baru meninggal bulan lepas. Rumah pusaka tak ada siapa duduk. Sayunya hati…” – E

“Mak dah tak ada bulan Februari hari tu. Tahun ni raya tak tahu macam mana nak hadap. Tengok katil mak, tengok kain sarung mak. Taip ni pun bercucuran air mata. Tak kuat mak!!!” – N

Selisih faham dengan ahli keluarga

DesaBalqisBeachResort 2 850x563 1

Selain itu, ada juga yang memilih untuk tidak balik beraya di kampung kerana mempunyai perselisihan faham atau krisis dengan keluarga sendiri.

“Niat nak balik jumpa mak membuak-buak sebab rindu 10 tahun tak jumpa. Bila ingat balik krisis 10 tahun lepas masih segar dalam ingatan. Takut mak belum dapat terima saya.” – A

“Awal bulan 3 hari tu baru lepas miscarriage lepas 11 tahun menanti zuriat. Tak nak balik kampung sebab tak nak dengar orang bertanya lagi tentang anak. Mental saya dah penat.” – N

“Macam mana nak balik kampung? Rumah pusaka kak long duduk dia tak suka adik beradik balik kat rumah tu. Lagi sedih sangat rumah tu tempat kitaorang dilahirkan.” – U

“Mak tak izinkan saya balik sebab saya bukan kahwin dengan pilihan menantunya.” – B

“I tak balik raya sebab kepulangan i mungkin akan buat adik beradik yang lain tak selesa. Maka i beraya berdua dengan anak sahaja. Sedihkan, tapi tula. Lagipun kewangan tak berapa nak ada. So makan sahaja apa ada.” A

Kelengkapan sekolah anak lebih penting

Budak Sekolah

Macam yang korang tahu, bulan lepas merupakan permulaan sekolah untuk tahun 2024. Disebabkan perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk persediaan memulakan persekolahan, ramai ibu bapa yang dah tak mampu untuk pulang beraya.

“Bukan tak nak balik tapi kewangan tak cukup. Baru je settle sekolah anak. Maafkan anakmu mak abah.” – S

“Mak dah cakap, tak dapat balik tak apalah. Mak faham. Hari tu banyak pakai duit untuk anak sekolah kan? Nanti lagi susahkan kau anak beranak.” – H

“Saya nak bayar yuran sekolah anak-anak. Baju raya takde takpe. Kuih raya takde takpe. Jangan sekolah anak tak terbayar.” – M

“Pelajaran anak lagi penting. Baju bila-bila boleh beli.” – A

“Tak balik sebab tak ada bajet. Anak-anak empat orang sekolah. Dua sekolah menengah, satu sekolah rendah dan sorang tadika. Ada baby juga umur setahun. Tiket kalau nak balik Sabah boleh cecah 4 ke 5k. Memang tak mampu.” – R

Alahai memang sedih betul baca luahan-luahan dorang ni. Moga Allah permudahkan urusan semua…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.