in

“Rumah yang dikaburkan dalam Google Maps” – Ariel Castro: Kurung 3 Wanita Sampai 10 Tahun Untuk Dijadikan ‘Hamba’

Seksa2

Orang lain kenalnya sebagai seorang yang peramah dan dipandang mulia, malah sahabat-sahabatnya juga begitu senang dengannya.

Tapi, siapa sangka, disebalik sikap ramahnya itu, dia rupanya ada melakukan satu perbuatan kejam kepada 3 orang wanita malang, termasuklah kawan anak kandungnya sendiri.

Ariel Castro, lelaki yang mengurung wanita untuk dijadikan hamba seks selama 10 tahun. Anehnya, kawan-kawan dia datang kerumah selama ini langsung tak sedar rupanya dia ada ‘simpan’ mangsa.

 

 

Penyebab Ariel Castro menjadi kejam

Castro

Sebelum diceritakan dengan lebih lanjut tentang kejahatan Castro, ini min nak ceritakan sediikit pasal latar belakangnya secara ringkas dan sejak bila dia mula jadi kejam.

Dia dilahirkan pada 10 Julai 1960, bekerja sebagai seorang pemandu bas sekolah. Dirinya mula berubah menjadii kejam sejak berkahwin dengan Grimilda Figueroa.

Isterinya merupakan orang pertama yang menjadi mangsa, DailyMail melaporkan bahawa Figueroa telah diikat dan disimpan di basement rumahnya dan dilibas menggunakan rantai anjing.

Dia dikurung di dalam rumah dan tak boleh keluar langsung! Malah semasa isterinya mengandung dia tendang perut isterinya untuk gugurkan anak dalam kadungan itu.

Akibat penyiksaan itu, isterinya pernah patah hidung dan bahu sebanyak 2 kali. Malah, Figueroa turut mengalami pendarahan beku di otak akibat dibelasah.

110277712 136814715657
Grimilda figueroa

Mujurlah mereka bercerai pada tahuun 1996, Figueroa berjaya melarikan diri bersama empat anaknya. Figueroa tinggal bersama teman lelaki barunya, Fernando Colon. Namun, akibat kecederaan parah di kepala, wanita itu akhirnya meninggal dunia pada tahun 2012.

Dari situ, kelakuan kejam ini turut dilakukan kepada ketiga-tiga orang mangsa yang diculiknya dan mangsa terkena lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi oleh bekas isteri Castro ini.

 

Penculikan Pertama: Michelle Knight

Wanita pertama yang menjadi kejahatan Castro adalah seorang ibu muda, Michelle Knight, pada waktu itu umurnya baru 21 tahun. Dia dalam perjalanan menuju ke jabatan kebajikan pada  22 Ogos 2002.

Knight pada waktu itu dilihat panik kerana sudah terlambat untuk ke kebajiikan tersebut bagi mendapatkan hak jagaan anaknya. Dia pergi ke kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan arah jalan daripada penjaga kedai.

Castro yang kebetulannya ada dikedai tersebut pada waktu itu mula terdengar perbulannya dan terus tawar diri untuk tumpangkan Michelle pada waktu tersebut. Lapor The Guardian.

Michelle pada awalnya anggap Castro ini seorang yang sangat baik memandangkan dia bapa kepada kenalannya.

Namun ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi, Knight perasan yang Castro bawa dia ke arahh yang berlainan daripada apa yang penjaga kedai ceritakan lagi.

Rupa-rupanya dia bawa masuk rumah dia sendiri, ketika di temu ramah sumber, kata Knight…

“Ada sesuatu yang tak kena di sini, dan sudah terlambat. Sama ada saya akan mati atau dia akan melakukan sesuatu kepada saya, itu sahaja yang dapat saya fikirkan. Kemudian, ketika dia menutup pintu, saya tahu sudah berakhir. Itu baru berakhir dan saya tidak akan pernah keluar dari rumah itu. “

Enwvb5Vvqaernrd
Michelle knight

 

Penculikan Kedua : Amanda Berry

Dia ini pula diculik pada 21 April 2003 sehari sebelum hari ulangtahun kelahirannya, lapor ABC News. Pada waktu itu, Amanda Berry yang lebih mesra dengan panggilan Mandy ini baru berumur 17 tahun.

Pada tarikh tersebut dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiba-tiba dia di datangi oleh sebuah kenderaan dan pemandu itu tawar untuk tumpangkan balik.

Dan sudah semestinya individu itu adalah Castro yang pada waktu itu masih bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

Tanpa fikir panjang, Mandy terima perlawaan itu memandangkan Castro adalah ayah kepada classmate dia semasa sekolah menengah.

Dalam perjalanan Castro ajak Mandy berjumpa dengan anaknya dan Mandy sudi untuk bertemu. Sesampai di rumah, tiada langsung kelibat anaknya, kata Castro, anaknya tengah mandi.

“Jadi dia mula menunjukkan saya di sekitar rumah. Dan sejak itu saya tidak pernah keluar. “

Ketika dia dibawa tunjuk di sekeliling rumah, Castro tunjukkan satu kelibat wanita misteri tengah tidur dan dia adalah Michelle Knight!

Dia kemudiannya dibawa ke satu tempat. Menurut Amanda, dia telah diikat dengan rantai besi pada sebatang paip dalam bilik yang gelap gelita.

Enwvca3Ucaajndt
Amanda berry

 

Penculikan Ketiga : Gina DeJesus

Dia ini adalah kawan anak dia sendiri! Waktu itu DeJesus baru berumur 14 tahun. Pada 2 April 2004, Castro menggunakan operandi yang sama untuk ‘mengumpan’ DeJesus.

Dia sangat mempercayai Castro menawarkan untuk menumpangkannya pulang ke rumah, kerana rapat dengan anaknya. Malah Castro dan ayah Gina DeJesus juga berkawan baik.

Cerita bermula apabila pada waktu itu Arlene Castro (Anak Ariel Castro) dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Pada waktu itu, DeJesus nak ajak Arlene datang ke rumah tetapi ibu Arlene tidak membenarkannya dan mereka pun berpisah.

Tiba-tiba Castro datang menghampiri DeJesus dengan bertanyakan jika ada nampak anaknya atau tidak, selepas DeJesus bagi penjelasan, Castro minta tolong DeJesus untuk carikan anaknya itu tetapi Castro singgah ke rumahnya.

Sampai di rumah Castro minta tolong DeJesus alihkan barang dan dia berkelakuan agak aneh.

“Dia seperti ada ubah kening dan, seperti memotong kumisnya, dan memotong bulu hidungnya. Dia seperti mula, menyentuh, dan meraba saya dan kemudian, saya seperti,” Apa yang kamu buat? Nak masuk penjara?”

“Respon dia hanya, ‘baiklah, kita akan pergi, kau akan pulang sekarang. tetapi kau tidak boleh melalui pintu yang sama dengan kau masuk tadi.”

Maka dia terus di bawa ke basement dan diikat dengan ratai.

Enwvdawvkaeqfbl
Gina dejeus

Ariel yang cukup mesra dan rapat dengan keluarga Gina membuatkan tiada siapa yang mencurigainya.

Ariel hinggakan beberapa kali berkunjung ke rumah keluarga Gina untuk menghadiri upacara vigil (sejenis ibadat dalam agama Kristian) untuk mengenang Gina.

 

Dikurung, diseksa dan dirogol

Enwxuqruuaed Kn

Sepanjang tempoh mereka  mereka dikurung, diperkosa dan diseksa oleh Ariel Castro. ketiga-tiga wanita terbabit telah didera secara fizikal dan mental.

Ketika pertama kali Amanda tahu bahawa dia hamil, dia jadi takut kerana dia tahu Castro sangat tidak suka dengan bayi.

Sebelum ini, ketika Michelle hamil, Castro telah memaksa Michelle untuk menggugurkan anak terbabit.

Namun anehnya, Castro telah mengizinkan Amanda untuk menyimpan bayi tersebut dan dia berjanji akan menjaga bayi tersebut sehingga dia berusia 6 tahun.

Selepas Amanda melahirkan anak, Castro telah menjaga anak itu dengan baik dan membiarkannya berkeliaran di dalam rumah

 

Kejahatan terbongkar selepas Amanda cepat-cepat bertindak

Enwu 7Bvoaaz194

Menurut thread perkongsian daripada Amirul Rahim. 6 Mei 2013,  Amanda Berry menelefon talian kecemasan menggunakan telefon jirannya.

Macam mana Amanda buat?

Dia terlihat satu peluang untuknya melarikan diri. Pada masa itu pula Ariel tiada di rumah dan Amanda melihat pintu bilik mereka tidak dikunci. Namun Amanda tidak terburu-buru untuk keluar kerana beberapa kali di masa lalu, Ariel memang gemar menguji mereka.

Ariel sering berpura-pura lupa kunci pintu untuk melihat adakah gadis-gadis itu akan cuba melarikan diri. Jika mereka lari, maka dia akan menyeksa mereka habis-habisan.

Namun kali ini Amanda sangat beruntung kerana Ariel benar-benar terlupa. Ini semua selepas anak Amanda telah melaporkan kepadanya bahawa Castro dah pergi tanpa kunci rumah.

Pada mulanya Amanda tidak mempercayai anaknya kerana Castro tidak pernah meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu.

Ketika anak perempuannya berulang kali memberitahu perkara yang sama kepada Amanda, dia menyedari bahawa ini adalah peluangnya untuk melarikan diri.

Dengan keberanian yang ada, Amanda telah bergegas ke tingkat bawah dan mula menjerit meminta tolong.

 

Castro ni seorang yang baik, peramah dan baik dengan jiran-jiran. Dia sangat tak sangka – Kawan baik

 

Mengaku bersalah & bunuh diri dalam sel

 

Rumah dikaburkan dalam apps Google View, dijadikan kebun cili sebelum dihancurkan

Menurut perkongsian Amirul, pada Ogos 2013, penduduk setempat telah meminta agar rumah itu dihancurkan dan diratakan atas alasan ingin menanam cili.

Namun sebenarnya itu bukan alasannya, tetapi kerana rumah itu membawa memori yang amat mengerikan bagi penduduk di kawasan itu.

Tingkap rumah tersebut kelihatan suram seperti sedang menyembunyikan yang terjadi di dalamnya. Salah seorang tetangganya mengatakan bahwa rumah itu, ‘did not look right.’

 

Baca : Seksaan Tanpa Sentuhan Fizikal, White Torture Antara Hukuman Terkejam Dunia Sebab…

Seksa

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter