Baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-52 pada 11 Januari lalu, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyatakan yang belliau sudah mula terfikir tentang sisa usia yang barangkali akan dihabiskan di rumah penjagaan orang tua.
Baginya, rumah penjagaan warga emas sekarang bukan seperti dahulu dan dia sendiri pernah cuba melihat lokasi sesuai.
Artikel berkaitan : “Saya terima, it’s okay” – Datuk Syafinaz Tidak Melatah Dikecam Gara-gara Nyanyian Sumbang
Artikel berkaitan : “Hebatnya, serba boleh!” – [VIDEO] Netizen Terpegun Lihat Syafinaz Ajar Vokal Peserta Taranum
“Saya terfikir dan telah ‘survey’ rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti. Sebab rumah orang tua zaman sekarang ‘best’. Bukan macam kita tengok dulu-dulu. Jadi, saya tidak menidakkan kemungkinan yang saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti.”
Jelas penyanyi lagu Ingin Bersamamu itu lagi, perkahwinan mungkin akan membuatkan beliau bertambah pening kepala. Malah Datuk Syafinaz juga mengimbau kata-kata dan pesanan dariapda biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini terhadapnya.
“Ramai orang asyik bertanyakan soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sehinggalah hari ini. “
“Tetapi saya nak kongsikan satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payah kahwinlah. “
“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya.”
Walau bagaimanapun, Datuk Syafinaz tidak pernah menganggap kata-kata biduanita itu sebagai sesuatu yang harus diambil serius kerana baginya jodoh dan maut adalah ketentuan tuhan.
“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima.”
“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.”
“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup.”
Dalam pada itu, bercerita mengenai imej dan penampilannya yang dilihat tidak dimamah usia, Datuk Syafinaz menjelaskan ia hasil daripada penjagaan diri yang merangkumi cara pemakanan dan senaman.
Sumber : Kosmo!