in

Rumah 40 Tahun Bakal Diroboh Untuk Projek ECRL, Wanita Kongsi Kenangan Aidilfitri Terakhir Bersama Keluarga

Ecrl 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai dah tahu tentang projek East Coast Rail Link (ECRL) yang bakal dibina untuk menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang. Kini, projek ECRL ini juga sedang giat dijalankan dan bakal siap sepenuhnya pada hujung tahun 2026.

Disebabkan itu, beberapa rumah yang berada di laluan ECRL terpaksa dirobohkan namun setiap pemilik telah diberikan pampasan hingga jutaan ringgit.


Tikvideo.app 7358336432982838529 1
Sumber: tiktok

Rumah berusia 40 tahun

Satu perkongsian oleh @jihansukkie7 di TikTok, dia menunjukkan beberapa gambar keadaan rumah kediaman keluarganya yang akan dirobohkan bagi tujuan pembangunan ECRL. Rumah tersebut dibina pada tahun 1984 dan terletak di Kampung Banggol Karah, Kuala Terengganu.

Artikel berkaitan: Sayu! Bapa Kongsi Gambar Anak Sakit Dipakaikan Baju Raya, Buat Kenangan Dengan Adik Beradik

Artikel berkaitan: Hadiah Kek & Telekung Jadi Kenangan Terakhir Buat Ibu Pelajar Malaysia Yang Terkorban Dalam Kemalangan Di New Zealand

Di situ, Jihan dan lapan orang adik beradiknya dibesarkan oleh ibu bapa mereka dan pasti mempunyai 1001 memori mereka sekeluarga. Kata Jihan, rumah tersebut pada asalnya dibina menggunakan kayu dan ianya ditambah konkrit hasil titik peluh bapanya bekerja.

Tikvideo.app 7358336432982838529 4
Sumber: tiktok

Kongsi kenangan raya 2024 terakhir

Gambar-gambar itu dikongsi sebagai kenangan terakhir raya Aidilfitri sebelum ianya dirobohkan dalam masa terdekat. Rumah itu juga diibaratkan syurga buat Jihan walaupun lahir daripada keluarga yang sederhana.

Saban tahun, sambut raya dan berkumpul satu keluarga di sini. Tempat jatuh bangun anak-anak ayah dan emak. Tempat berteduh kami sekeluarga, kami bukan orang kaya. Rumah ni sudah cukup mewah untuk kami.

Terima kasih emak dan ayah sediakan ‘rumah’ yang umpama syurga untuk kami sekeluarga.

Tikvideo.app 7358336432982838529 3 1
Sumber: tiktok

Jadi, pada tahun ini dia dan adik beradik telah pulang ke kampung buat kali terakhir bagi mengutip sisa-sisa memori yang masih ada di kediaman tersebut. Ketika berkemas, mereka menyelak album gambar yang lama dan mengenang semula momen indah mereka sekeluarga.

Kami tahu ayah emak yang paling sedih. Habis keringat yang diusahakan terpaksa dilepaskan. Setiap masa tengok mereka termenung. Pengajaran supaya kami sembilan beradik sentiasa tinggalkan kenangan yang manis saja untuk emak ayah selagi mereka masih ada.

Apa yang diberitahu Jihan, ibu dan bapanya akan tinggal di rumah yang kecil buat sementara waktu dan akan memberi rumah baharu untuk mereka berdua.

Tikvideo.app 7358336432982838529 9 1
Sumber: tiktok

Bagaimanapun, mereka akur dengan apa yang terjadi dan dia tidak menyalahkan sesiapa kerana itu hanya harta di dunia namun kenangan di dalam rumah tersebut amat berharga Jihan dan keluarga.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen sebak membaca kisah keluarga Jihan. Walaupun keluarga itu mendapat pampasan tetapi nilai sebuah kenangan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

Ecrl 1

Allahu sedih baca cerita ni… moga dipermudahkan urusan

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.