in

Ruhaineis Tak Rasa Diri Kena Boikot, Baru Lepas Kerjasama Dengan Beberapa Jenama

Ft Ruhainies Tak Rasa Diboikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kontroversi dahsyat yang menimpa dirinya sebelum ini, tidak mustahil jika ada pihak yang mahu memboikot nama pelakon Ruhainies ini.

Bagaimanapun, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 percaya pada rezeki, dia turut menjelaskan bahawa setakat ini kerjayanya berjalan seperti biasa dan masih lagi menerima tawaran kerja.


Artikel berkaitan : “Allah baru uji, takkan saya nak mengeluh” – Ruhainies Kongsi Tips Sabar & Tenang Buat Orang Diuji

Artikel berkaitan : “Nangis bila bekerja pandai lah” – Ruhainies

“Saya baru sahaja selesai kerjasama dengan beberapa jenama. Tak rasa pun diri ini kena boikot, kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya.”

“Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi.”

 Screenshot 2024 07 23 113015

Tambahnya lagi, dia kini sedang mengambil tempoh berehat dan berhasrat untuk lebih banyak meluangkan masa melancong di serata dunia.

“Banyak juga tawaran berlakon yang masih on hold tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dahulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian.”

“Bagaimanapun saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu.”

Screenshot 2024 07 23 112951

“Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancong ke lebih banyak negara. Rasanya dalam usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk mengembara.”

Berkenaan dengan hal jodoh, Ruhainies menjelaskan bahawa dia belum terfikir untuk mencari teman hidup sekali gus menamatkan zaman bujang meskipun usia semakin meningkat.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.