Zaman sekarang ni memang tak dapat dinafikan yang semua maklumat ada dekat hujung jari kita je. Baik dari segi isu semasa, dunia ataupun perkara yang trending. Orang kata buka je phone, berdesup masuk macam-macam notification. Betul tak korang?
Kalau korang kaki scroll media sosial macam Instagram, TikTok atau YouTube, korang mesti perasan yang ramai influencer dan netizen yang selalu buat content ‘prank’. Boleh dikatakan trend prank ni selalunya dilakukan untuk mengenakan orang atau sekadar untuk hiburkan viewers.
Baru-baru ni, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dah menjelaskan dengan lebih dalam tentang hukum ‘prank’ curang dalam kalangan suami isteri. Mufti ni explain yang ‘prank’ tersebut adalah haram untuk dibuat sebab perbuatan ni boleh cetuskan rasa panik, marah dan benci. Pendek kata memang akan rosaklah rumah tangga tu kan?
Mufti ni jugak turut berkata yang perbuatan berdosa ni boleh jatuhkan wibawa dan boleh timbul buruk sangka yang memang haram dari segi syarak.
“Sengaja menimbulkan buruk sangka orang terhadap diri adalah berdosa kerana sengaja menyebabkan orang lain berdosa” – Mufti Perlis
“Wajib setiap yang berakal waras menghindarinya” – Mufti Perlis
Mohd Asri turut menambah yang gurau senda antara suami isteri ni sebenarnya boleh dan siap dapat pahala lagi jika niatnya baik dan guna cara yang betul serta gurau tu tak terbabit dengan perkara haram.
Mufti Perlis ni turut explain yang sebenarnya gurau senda macam ni termasuk dalam bab muamalah yang dibolehkan sesama Muslim.
Jadi apa yang min faham, kita boleh je nak gurau atau buat prank tapi kenalah jaga batas dan tak bawak kemudaratan kat orang lain okayy?
Baca: “Peguam Jelaskan Bagaimana Pasangan Curang Boleh Didakwa Dalam Konteks Undang-Undang Syariah“