Siapa saja yang tak kenal dengan nama Cristiano Ronaldo? Bahkan orang yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak pun mesti sekurang-kurangnya tahu yang nama itu merupakan salah satu entiti besar dalam sukan tersebut.
Sebelum ini mungkin kita pernah terlihat individu yang memiliki wajah yang lebih kurang, seperti penyanyi Musly Ramlee yang mempunyai wajah saling tak tumpah macam Allahyarham P. Ramlee.
Tapi, klip pendek yang dikongsikan di laman Tiktok ni memang sangat rare, di mana seorang bilal masjid di Indonesia memiliki wajah yang mirip dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.
Melalui video berdurasi 12 saat itu, ‘kembar’ Ronaldo mula dirakam sebaik saja keluar dari sebuah bilik berhampiran ruang solat imam di masjid itu. Memandang ke arah kamera, lelaki tersebut mengukirkan senyuman yang sangat mirip dengan pemain pasukan Manchester United itu.
‘Ronaldo’ yang memakai kurta berwarna coklat cair itu kemudiannya mengambil posisi di bahagian hadapan masjid sebelum bersedia untuk melaungkan azan.
“Bukan Christian Ronaldo, tapi Islami Ronaldo” – Netizen
Klip yang dikongsi oleh pengguna @hobss_99 itu tular dengan pantas, di mana setakat ini ia menerima lebih 7 juta tontonan di Tiktok.
Rata-rata netizen kagum melihat persamaan wajah lelaki itu dengan Cristiano Ronaldo. Ada juga yang kagum melihat ramai orang yang menyerupai selebriti di Indonesia. Masalahnya sampai nama Hanafi pun naik ni!
Haa… mesti ramai wanita cair tengok dia ni kan? Dah lah muka macam Ronaldo, bilal masjid pulak tu.
Sumber: Tiktok
Baca: Malang! Lelaki Diangkut Polis 5 Kali Dalam 3 Hari Kerana Muka Mirip Banduan Terlepas