Siapa yang tak kenal Ed Sheeran? Lagu-lagunya yang romantik sangat membelai jiwa dan kebanyakan pasangan kekasih memang dengar lagu daripada penyanyi terkenal ni.
Seperti semua sedia maklum, penyanyi yang berasal dari Britain ini, Ed Sheeran, telah mengadakan konsert yang dinanti-nantikan peminatnya pada malam semalam (14 November). Ia sekaligus menolak desas-desus yang mengatakan penyanyi ini bakal membatalkan perancangannya kerana terlibat dalam kemalangan bulan lalu.
Konsert yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil ini telah membuatkan ribuan peminatnya di Malaysia terpukau. Sheeran telah menyanyikan 17 buah lagu dengan dua buah lagu yang diulang persembahan.
Sungguhpun persembahannya menjadi ‘spotlight’ bagi malam tersebut, tumpuan penonton akhirnya berubah ke arah dua pasang kekasih yang melamar teman wanita mereka ketika persembahan tersebut berlangsung!
Ketika Ed Sheeran menyanyikan lagu romantik “Thinking Out Loud”, Gregory Eu yang duduk di bahagian VIP telah melutut dan melamar kekasihnya, Ashley Ho. Aww sweetnya!
Menurut NST, satu lagi lamaran perkahwinan juga dilakukan sebaik selepas itu. Wah bukan main korang ye!
Sebaik sahaja kedua-dua lamaran itu diadakan, penonton kecoh seketika sebelum kembali fokus kepada persembahan Ed Sheeran yang penuh energetik.
Tahniah kepada pasangan yang dilamar malam semalam! Semoga berbahagia bersama kekasih yang dicintai.
Baca: Terlajak Kaya! Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan 25 Buah iPhone X dan Hadiahkan Kepada Rakan-rakan