Seringkali menunjukkan video nasib-nasib ahli keluarga kepada mangsa Sindiket Tipu Kerja (Job Scam), nasib mangsa akhirnya terbela apabila rintihan daripada dua orang ibu kepada mangsa ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim menerusi sebuah video di TikTok miliknya.
Dapat perhatian PM
Kata Hishamuddin, pihak MHO telah hadir ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk berjumpa dengan Farhan Fauzi (Setiausaha Politik), Abdul Razak Sharif (Pegawai Perhubungan Antarabangsa) dan wakil dari Wisma Putra bagi membincangkan isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.
Dalam pada itu, pihak-pihak ini juga telah membantu mangsa untuk pulang ke Malaysia. Beliau juga mendedahkan bagaimana mangsa-mangsa ini diperdaya dan kegiatan yang mangsa dipaksa untuk melakukannya ketika berada di Myanmar
“Video kita telah mendapat perhatian yang mana kita meminta bantuan daripada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 berhubung kes di mana 2 orang ibu bersama saya yang anak mereka telah diperdagangkan, telah diperangkap di negara Myanmar, ditipu oleh sindiket Job Scam.”
https://www.tiktok.com/@ihishamuddinhashim/video/7176209271825157402?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Kita telah membuat video rayuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membantu kepada anak-anak dua orang puan ini dan alhdulillah video itu telah sampai kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau telah memanggil kita untuk berjumpa dengan mereka Setiausaha Politik, Tuan Farhan.”
“Dalam perjumpaan tersebut kita telah menyatakan bagaimana anak-anak ini telah ditipu oleh ejen dan dibawa ke Myanmar, di Myanmar mereka dipaksa menjadi scammer dan mereka telah diminta untuk menipu orang dan kalau mereka tak dapat target mereka akan dikenakan hukuman, dipukul.”
Tambah beliau, kini anak kepada kedua-dua ibu tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang anak mereka dalam proses untuk pulang ke Malaysia.
Beliau juga turut berterima kasih kepada pihak-pihak dari Pejabat Perdana Menteri, kedutaan Malaysia, PDRM dan lain-lain yang terlibat untuk membantu anak-anak ibu tersebut.
Baca : “Dikurung, direnjat elektrik” – Warga Malaysia Cerita Pengalaman Ngeri Jadi ‘Scammer’ Di Kemboja