Chef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini berkongsi foto terbaharunya yang tampil dengan imej botak dan memaklumkan beliau yakin dengan penampilannya itu.
Chef terkemuka berkenaan berkongsi keadaan terkininya itu selepas menjalani rawatan Kemoterapi setelah disahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocadiogram (ECG) sebanyak dua kali pada Ogos lalu.
Menerusi ruangan kapsyen di Instagram beliau, dia memberitahu yang badannya sedikit susut dan sempat berjenaka dengan menyamakan dirinya dengan seekor ayam belanda atau watak kartun Mr Magoo.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, selepas rambutnya dicukur oleh Qamal, dia dicadangkan untuk memakai topi namun Chef Wan lebih selesa dan yakin dengan penampilannya tersebut berbanding tanggapan orang lain terhadapnya.
Menurutnya lagi, dia tidak mahu ‘botak licin’ sekarang ini kerana khuatir pisau cukur akan melukakan kulit kepalanya dan akan menyebabkan jangkitan dan dia harus berhati-hati dengan sebarang jangkitan selepas kemoterapi.
Artikel berkaitan : “Jangan menangis saya akan ok” – Chef Wan Disahkan Menghidap Kanser Limfoma
Beliau berkata, pada peringkat umurnya sekarang, menjadi ‘botak’ bukanlah sesuatu yang merisaukan dan menurutnya lagi, kecantikan itu sebenarnya terletak dalam diri setiap individu.
Menurutnya lagi, orang kini lebih risau dan taasub dengan penampilan peribadi dan risau menjadi buah mulut orang lain, ini secara tak langsung akan memberikan tekanan yang tak munasabah kepada fikiran.
Beliau juga berpesan, tidak kira bagaimana ia berlaku (proses penuaan) penampilan tidak akan mengubah sikap mahupun persepsi seseorang dalam kehidupan atau gaya seseorang itu untuk membawa diri mereka di khalayak ramai.
Sumber : Instagram | Chef Wan