Pejam celik, sudah genap 5 tahun pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia, lebih sebak lagi, penyanyi Bunga Citra Lestari tidak pernah lupa menziarahi pusara arwah suaminya itu.
Dia yang lebih dikenali sebagai BCL meluahkan bahawa rasa sakit akibat kehilangan arwah masih lagi dirasai namun dia perlu kuat meneruskan hidup.
Artikel berkaitan : “Happy Birthday in Heaven” – Netizen Terharu BCL Ucap Hari Jadi Untuk Arwah Suami
Artikel berkaitan : Tiko Aryawardhana Minta Jangan Kaitkan Nama BCL Dalam Isu Seleweng Duit
Katanya menerusi platform Thread, kasih sayangnya terhadap Ashraf masih kuat biarpun penyanyi lagu Cinta Sejati ini sudah ada kehidupan baru.
“Sudah 5 tahun berlalu, namun keperitan ketiadaanmu masih ada, biarpun hidup kami diteruskan, kami tetap mengingati kamu dalam setiap doa. Walaupun banyak yang berubah tapi cinta dan sayang kami kepada kamu tidak sama sekali. Rindu kami terhadap kamu tidak terkata dan kami menyayangimu tanpa batas dan sentiasa diingati.”
Hantaran itu juga memperlihatkan BCL menzirahi pusara Ashraf bersama anaknya Noah Aidan Sinclair dan suami baharunya, Tiko Aryawardhana serta ahli keluarga lain.
Bunga turut memberitahu bahawa Noah yang kini berusia 15 tahun sudah muat memakai baju Ashraf.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan Ashraf meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Pada 2 Disember 2023, BCL berkahwin dengan Tiko di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Sumber : Thread