in

“Rindu arwah abang”- Sedih! Cikgu Suruh Lukis Apa-apa Je, Namun Lukisan Murid Ini Buat Ramai Sebak

cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adik-beradik ni ibarat kawan dalam family kita yang ada time kita susah senang. Kalau rindu, boleh video call atau ajak jumpa bila masing-masing free.

Tapi tak semua orang ada peluang yang sama itu.


Menerusi satu perkongsian oleh Norunajwa bt Safiei di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook pada 7 April lalu, ada sorang adik ni dia lukis gambar keluarga dia bersama dengan arwah abangnya.

Capture 27

Perkongsian yang mendapat lebih 400 share dan hampir 8 ribu likes itu menceritakan cikgu kepada anaknya itu beri tugasan untuk melukis apa-apa sahaja yang difikirkan.

Lepas melihat gambar yang dilukiskan, cikgu itu terus hantar Whatsapp kepada ibu kanak-kanak itu dengan menunjukkan gambar yang dilukis oleh kanak-kanak tersebut. Terus sebak hati ibu itu bila tengok lukisan tersebut. Dengan cikgu tu sekali sebak tau.

urv

 

Lukisan rindu seorang adik

Rupa-rupanya, kanak-kanak itu lukis gambar bersama abangnya. Ini lah yang dipanggil lukisan rindu seorang adik kepada abangnya. Ibu itu bercerita yang adiknya memang rapat dengan abang dia dan kini mereka terpisah antara dua dunia sebab abangnya sudah meninggal dunia.

Dalam gambar itu, boleh lihat yang gambar arwah abangnya itu yang dikenali sebagai Abang Adam tidak berambut kerana terkesan dengan proses kemoterapi yang dilakukan. Menurut Norunajwa, anaknya itu tak pernah langsung mempersendakan arwah abangnya yang botak itu. Baiknya adik ni.

169787620 5919549044729886 7817303534751380559 n

Setiap malam memang tak pernah terlepas untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Abang Adam. Wanita itu juga berharap supaya Allah dapat gantikan setiap kerinduan anaknya kepada arwah abangnya dengan seribu kebaikan dan hikmah.

 

Netizen sebak

Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang sebak juga lihat lukisan tersebut. Kalau adik pun boleh rindu sangat dekat abang dia, apatah lagi jiwa seorang ibu yang melahirkan anak itu. Mesti lagi rindu.

1b

Sama-sama kita doakan semoga roh Abang Adam ini ditempatkan di dalam golongan yang baik.

 

Sumber: Norunajwa bt Safiei

Baca: [Video] Terlampau Rindu, Anak Kecil Tidur Sambil Peluk Baju Terakhir Arwah Ayah

ow

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.