in

Rim Besi Dari Tayar Lori Yang Dipercayai Jadi Punca Kemalangan Di Ayer Keroh Ditemui Polis

rim tayar lori dipercayai punca kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita nahas jalan raya di Ayer Keroh yang telah meragut 7 nyawa dipercayai berpunca daripada tayar lori yang tercabut.

13

Semalam, media melaporkan bahawa pihak polis sedang giat mencari tayar lori yang dipercayai menjadi punca kemalangan tersebut.


Ini kerana, menurut Malaysia Gazette, tayar tersebut tidak ditemui di lokasi kejadian selepas nahas berlaku.

Pihak polis menyatakan mereka dan pegawai penyiasat kes tersebut telah ke Pejabat PLUS Tangkak untuk bertemu dengan Pegawai Operasi Projek Penyelenggaran Lebuh Raya Berhad atau PROPEL.

Menurut pegawai PROPEL, sebuah lori roro atau lori pengangkut sampah telah membawa sisa sampah nahas di tempat kemalangan itu berlaku ke tempat pelupusan sampah.

Terkini, komponen rim besi yang dipesrcayai berasal dari tayar lori yang menjadi punca nahas tersebut telah ditemui oleh pihak polis, lapor Berita Harian.

12

Artikel berkaitan : 7 Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan, Tayar Lori Tercabut Jadi Punca Kemalangan

Artikel Berkaitan: Nahas 3 Kenderaan Di Ayer Keroh: Ibu Bapa Sempat Buat Sambutan Hari Lahir Untuk 3 Anak Secara Serentak

Menurut pihak polis daerah Alor Gajah, rim tayar itu dikenal pasti di Pusat Pelupusan Sampah di Tangkak, Johor.

Difahamkan, pihak subkontraktor PROPEL telah menyerahkan komponen rim besi itu yang ditemui di situ kepada polis.

Untuk siasatan lanjut, rim besi itu juga kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia.

Sumber: Berita Harian, Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.