Dalam norma baharu ini, banyak perkara yang kita kena biasakan dan banyak juga perkara yang boleh buat kita tertekan. Ini satu cabaran untuk kita hadap dan tidak boleh kita fikirkan ia sebagai suatu beban.
Tapi korang pernah tahu tak, ada beberapa jenis tumbuhan yang boleh tolong kurangkan stress korang?
Ready eh..
1- Daun pudina
Haa korang mesti fikir daun pudina ni guna untuk dalam masakan je kan? Menurut kajian daripada Universiti Wheeling Jesuit, aroma daun pudina ni boleh kuatkan semangat dan kurangkan rasa sedih korang.
Siapa broken tu dah boleh ready ye
Info tambahan, daun pudina juga berkhasiat untuk merawat batuk. Jadinya untung la siapa yang ada tanam pokok ni dekat rumah korang.
2- Lidah buaya
Pokok ni kebanyakan kaum ibu tanam dirumah mereka. Umum tahu lidah buaya atau aloe vera ni memang banyak khasiat dia. Sering digunakan untuk tujuan kecantikan dan jadi bahan campuran dalam barangan kosmetik serta ubat-ubatan merawat penyakit kulit.
Tapi sebenarnya lidah buaya ni dia bertindak untuk bersihkan ruang udara disamping merembeskan oksigen, lagi-lagi pada waktu malam.
3- Basil
Ni lagi satu jenis tanaman yang sering digunakan dalam masakan. Pada siapa yang selalu tengok rancangan masakan Chef Gordon Ramsay memang akan selalu perasan dia gunakan bahan ni dalam masakan dan jadi hiasan untuk makanan.
Tapi basil ni sebenarnya mengandungi linalool yang mana boleh mencetuskan rasa tenang dan aman untuk kita
Dengan cuaca hujan macam ni, tenangnya rasa
4- Bunga melati
Nama lainnya adalah jasmine, berwarna putih-putih melati gitu serta merupakan antara bunga yang mempunyai aroma sangat enak. Kewangiannya tak dapat disangkal sebab selalu dijadikan aroma untuk perfume dan pewangi rumah.
Menurut kajian yang terdapat pada Journal of Biological Chemistry, aroma bunga melati ini mampu membuatkan hati seseorang itu kekal tenang.
Memang lain macam penangan dia tu
5- Lavender
Tak perlu diperkenalkan lagi rasanya, memang selalu sangat digunakan jadi bahan utama dalam sebarang aroma terapi yang mampu mengurangkan tekanan dan kemurungan. Terdapat satu kajian mengatakan bahawa jika kita hidu lavender selama 10 minit dapat memberi kesan signifikan terhadap sistem saraf wanita yang sedang datang bulan.
Apa lagi korang, dah boleh start tanam jenis tanaman min bagitahu dekat atas ni. Banyak faedah dia..
Baca: Sila Peka! 6 Tanda Ini Mungkin Menunjukkan Anda Penghidap Penyakit Jantung