in

“Rileklah suruh doa je pun” – Dikritik Kaitkan Palestin Dengan Rentas Negeri, Ini Respon Nadir Al Nuri

Ft Nadir Dikecam

Umumnya, bermula kelmarin (11 Oktober 2021), seluruh rakyat Malaysia kini boleh rentas negeri, tidak dinafikan ramai yang betul-betul gembira sehinggakan ada yang sanggup menunggu di kawasan tol.

Tidak lupa juga ramai pihak yang memberi nasihat dan pesanan agar patuh SOP dan jaga diri kerana virus Covid-19 masih lagi berlegar di luar sana.

 

Dalam keseronokan pulang merentas negeri, jangan lupa saudara Palestine

Pada hari Isnin lepas, hari dimana sempadan rentas negeri dibuka,Nadir Al-Nuri ada membuat satu pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menarik perhatian netizen.

Kata aktivis Palestin-Malaysia ini, dalam rasa teruja dapat pulang ke kampung halaman, dia juga ingatkan agar kita tidak lupa saudara sesama islam di Palestin yang telah 73 tahun menunggu pulang ke kampung halaman mereka.

Status Facebook yang di screenshot dan dikongsikan semula di Twitter, ia meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dan mengundang pelbagai komen netizen, malah ada juga yang mengecam bahawa Nadir seolah-olah kenyataan ini sebagai satu guilt trip (sesuatu yang membuatkan orang rasa bersalah.)

Nadir Dikecam Nadir Dikecam 2 Nadir Dikecam 3 Nadir Dikecam 4 Nadir Dikecam 5

Disebabkan kecaman itu, Nadir Al-Nuri menerusi ruang balas di tweet tersebut ada memberikan respon terhadap dakwaan netizen.

 

Rileklah suruh doa je pun, ingat pada mereka. Kalau tak mampu, tak ada masa, takpelah, abaikan saja – Nadir Al Nuri

Nadir Dikecam 6

Nadir Dikecam 7

Bagaimanapun ada juga pihak lebih terbuka dan menyokong kenyataan dan tidak ambil pusing dengan kenyataan ini.

 

Baca : “Tak pernah dengar orang tolak vaksin sebab agenda Illuminati” – Nadir Al Nuri

Nadir Al Nuri Palestin Divaksin Bukan Agenda Yahudi