Dari kejadian lohong hitam dan kemusnahan planet akibat serangan asteroid, itulah apa yang digambarkan fenomena angkasa lepas yang luar biasa dan luar di jangkaan kita.
Mungkin semua perkara yang boleh dikategorikan sebagai bencana alam itu hanya berlaku di dunia, namun sebenarnya di angkasa lepas lebih dahsyat apa yang dari kita sangka.
‘Kiamat internet’ diramal bakal berlaku?
Seperti baru-baru ini, saintis meramal bahawa kejadian ribut besar di angkasa lepas akan berlaku dalam beberapa dekad lagi sehingga mampu mencetuskan ‘kiamat internet’.
Menurut Astro Awani, hal ini menyebabkan berlaku gangguan talian berbulan lamanya kerana ribut besar tersebut yang bakal merosakkan satelit dan talian kuasa.
Kajian ini dilakukan oleh Dr Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia memberitahu berdasarkan data yang tersedia, kira-kira satu peratus sahaja peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.
“Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkan atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya.”
Peristiwa yang bakal ini juga dikenali sebagai Peristiwa Miyake yang berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas dan perlu diselidik dengan lebih mendalam.
“Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.”
Alamak, min pula tak boleh nak bayang macam mana nak hidup tanpa internet…korang dah bersedia ke?
Baca: Bumi Didakwa Berputar Makin Laju? Penulis Perjelas Fenomena Putaran Bumi Berubah Dari Tahun Ke Tahun