in

“Rezeki tu datang dari Tuhan” – Nadhir Nasar Lantang Sokong Palestin, Tak Risau Kerja ‘Tersekat’

Nadhir Nasar Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai selebriti dari dalam dan luar negara menunjukkan solidariti terhadap Palestin yang kini sedang dalam peperangan dengan Israel.

Antara selebriti yang mendapat perhatian dunia termasuklah model ternama Bella Hadid serta penyanyi pop Dua Lipa.


Artikel berkaitan: “Tak risau kalau nak ‘banned'” –  Nadhir Nasar Respon Isu MV ‘Malampagi’ Ada Unsur Lucah

Artikel berkaitan: “Kalau lelaki…” –  Netizen Meluat Lihat ‘Reply’ Tweet Nadhir Nasar Penuh Komen Gadis ‘Menggeletis’

Tidak kurang juga di Malaysia ramai artis yang menyuarakan sokongan terhadap Palestin, namun antara yang paling menarik perhatian ialah pelakon baru yang kian mencanak naik iaitu Nadhir Nasar.

@xtra_my

Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar – Nadhir Nasar #fyp #xtramy #selebriti #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pelakon drama siri Project: High Council itu berkata dia tidak takut jika kelantangannya dalam menyokong Palestin itu bakal menyebabkan terjejasnya kontrak dengan mana-mana nama besar, termasuklah jenama fesyen antarabangsa.

“Kalau ada pihak rasa takut diboikot oleh mana-mana jenama dari negara Barat, bagi saya itu hanya sementara sebab semua yang kita miliki ini pinjaman sahaja. Rezeki tu datang dari Tuhan. 

Saya ada platform dan pengaruh dalam media sosial, ini kelebihan yang perlu digunakan sebagai seorang selebriti bagi menyebarkan kesedaran. Jadi, jangan sesekali takut hilang punca rezeki,” katanya.

Malah, pelakon berusia 27 tahun itu melihat solidaritinya itu sebagai jihad kecil yang mampu dilakukannya sebagai seorang Muslim.

“Apa lagi yang boleh saya buat untuk rakyat Palestin? Kalau nak pergi berperang di sana sekalipun, adakah iman saya sudah cukup kuat untuk bertempur dan menyelamatkan mereka?

Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana dan buat apa yang termampu.

Sekarang, kita perlu pilih pihak mana yang hendak disokong. Kalau sudah pilih sokong pihak mana, kekal sahaja di situ,” tegasnya.

Video berdurasi 1.15 minit itu sudah pastinya mendapat perhatian netizen dan ramai yang kagum dengan kelantangan aktor muda itu.

Cats 27

Sebagai info, selain Nadhir antara selebriti yang mempertahankan Palestin termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Daiyan Trisha serta ikon sukan Dato’ Azizulhasni Awang.

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.