Sihir adalah sesuatu yang haram di sisi agama, terbaru pelakon muda yang kian meningkat naik Raja Atiqullah atau lebih dikenali sebagai Atiq Azman mendakwa dirinya terkena sihir.
Pelakon berusia 23 tahun itu berkata dia mengalami perubahan yang ketara, dia menjadi lebih pemarah serta keluarganya menjadi huru-hara malah dia turut berkata dia berdepan dengan kesempitan rezeki.
“Sikit-sikit nak marah, kau bagi keluarga aku huru-hara selain kerja banyak tak lepas daripada produksi.
Kau tutup aku supaya orang tak nampak, terima kasih, nantikan balasan Tuhan akan datang,” luahnya di IG Story.
Selain itu, Atiq turut memberitahu dia sering tertanya apa yang menjadi punca sedemikian kerana ujian yang menimpanya bertubi-tubi.
“Berbulan-bulan sengsara atas apa yang kau dah buat dekat aku. Kemalangan berkali-kali, adik nombor dua kemalangan.
Adik paling bongsu kemalangan patah tangan, aku cukup serabut dah jadinya,” tulisnya.
Pelakon drama Nur itu juga berkata oleh kerana dia tidak tahan dengan sihir itu, dia memberitahu akan mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi memulihkan keadaanya itu.
Setakat artikel ini ditulis, Atiq telah pun memadam IG Story itu dan memberitahu dia terpaksa melakukan sedemikian, dia turut meletakkan hashtag #YTJT (yang tahu je tahu).
Baca: Pelakon Lelaki Dakwa Kurus Kerana Sihir, Rupanya Kuat Ambil Dadah?