in

Restoran Karen’s Diner Dibuka Di Jakarta, Tapi Wujud Pergaduhan Sebab Body Shaming Pelanggan

F2 Kdji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restoran Karen’s Diner yang terkenal dengan konsep di mana pelayan mereka akan melayan pelanggan dengan teruk dan kasar kini telah dibuka di Jakarta, Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini restoran berkenaan dibuka di Australia dan telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya di TikTok kerana konsepnya ialah ‘Good Food Terrible Service’ (Makanan sedap, servis kelaut).


Jadi, kalau korang makan di mana-mana cawangan Karen’s Diner di Australia atau di Jakarta, jangan terkejut jika layanan atau servis yang diberikan kepada korang adalah sangat tidak memuaskan sebab memang macam tu konsep kedai makan tersebut.

Walau bagaimanapun, pembukaan restoran Karen’s Diner di Jakarta, Indonesia baru-baru ini telah dikritik oleh netizen Indonesia sendiri kerana ramai yang menyifatkan ianya agak cringy atau rasa malu apabila melihatnya.

Ini kerana ketika pembukaannya baru-baru ini, ramai pelanggan dan Influencer negara itu yang telah berkongsi video mereka makan di situ.

Ada sebuah video yang viral di mana pelayan restoran tersebut telah mengutuk fizikal pelanggan berkenaan dengan mengatakan ‘muka lo seperti pantat panci’ yang bermaksud muka kamu seperti ‘bontot’ kuali.

Seorang TikToker lain pula telah berkongsi pendapatnya mengenai sikap pelayan Karen’s Diner itu.

Dalam sebuah video TikTok lain pula telah menunjukkan bahawa ada pelanggan dan pelayan restoran berkenaan telah bertengkar sehingga suasana dilihat seperti tegang.

Rata-rata netizen Indonesia telah berkongsi pendapat mereka tentang restoran dengan konsep sebegini di negara mereka dan kebanyakannya mengatakan Karen’s Diner mungkin tidak akan bertahan lama di Indonesia.

6

Ada juga netizen lain yang mengatakan pelanggan restoran Karen’s Diner di Indonesia seperti tidak memahami konsep servis kelaut yang ditawarkan oleh restoran berkenaan kerana ada pelanggan yang marah apabila mereka dilayan dengan kasar oleh pelayan Karen’s Diner sedangkan ianya memang berkonsep sebegitu.

7

Apa pulak pendapat korang? 

Baca: “Makanan sedap, servis kelaut”- Restoran Ini Sesuai Bagi Sesiapa Yang Teringin ‘Bertekak’ Dengan Pelayan Kedai Makan

5 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.