in

Restoran Hancurkan Semua Mangkuk Selepas Influencer Makan Bakso Campur Keropok Babi

Cats 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tindakan seorang pempengaruh mencampurkan keropok babi ke dalam bakso yang dimakannya, sebuah restoran tular dan mendapat perhatian ramai yang meragui status halal dan kebersihan makanan di situ.

Menerusi video tersebut, pempengaruh Jovi Adhiguna dilaporkan telah mencelup keropok babi ke dalam bakso yang dimakannya. Video tersebut tular di media sosial dan rata-rata warganet mengecam dan mempersoalkan pihak restoran tentang status halal mereka.


Ekoran isu berkaitan status halal ini, pihak restoran memutuskan untuk menghancurkan semua peralatan masak, mangkuk dan alatan lain yang didakwa sudah dicampur dengan mangkuk yang dicelup dengan keropok babi tersebut.

@abel.abigail

Selebgram jovi mengaku salah dan sdh minta maaf mkn makanan non halal di restoran bakso halal #joviadhiguna bakso halal fyp berandafyp viral

♬ Strongest Acoustic – Hitsong_Capcut1

Pihak restoran juga mendakwa mereka telah membeli alatan baru bagi menggantikan alatan yang sudah dipecahkan. Jelas mereka, ini adalah satu bentuk tanggungjawab restoran bakso ternama ini dalam menjaga status halal dan kebersihan makanan di situ.

Terdahulu, Jovi dilaporkan telah mencampur keropok babi ke dalam bakso ketika sedang melakukan ulasan dan promosi buat restoran itu. Pempengaruh itu meminta maaf kepada pihak restoran serta orang awam, dan mengaku dia tidak menyedari akan kejadian itu.

Pihak restoran turut memuat naik satu hantaran permohonan maaf menerusi Instagram dan menjelaskan mereka komited dalam menjaga status halal serta kebersihan makanan di situ.

Screenshot 2023 08 27 132847

Tindakan pihak restoran yang cekap dalam menangani isu ini harus dipuji. Tahniah!

Kredit: Tribun

BACA: Sedap Dan Berlemak, Lelaki Ini Makan Koko Krunch Bersama Kari Ayam

Cats 65

Sumber: basoafung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.