in

Restoran Di Shah Alam Dikecam Kerana Halang Warga Rohingya Daripada Memasuki Premis

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui isu warga Rohingya yang menetap secara haram di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru buat kita semua. Dahulu, kebanyakan warga Malaysia memberi solidariti kepada warga Rohingya, namun kini warga Rohingya seolah-olah tidak diterima apabila sering menimbulkan isu kurang senang terhadap masyarakat Malaysia.

“Peminta sedekah, penjual & warga Rohingya dilarang masuk! Sila beri kerjasama. Harap maaf & terima kasih”

Inilah ayat yang ditulis pada pintu masuk sebuah restoran yang popular di Shah Alam. Memorandum yang pada mulanya ditujukan khas hanya untuk bacaan para pelanggan, akhirnya tular dan menerima kecaman daripada pengguna media sosial.


1 20

Menurut perkongsian seorang wanita, dia pada mulanya mahu mencuba makanan di restoran ini kerana sering membaca review yang positif di internet. Namun, dia bertukar kecewa apabila terlihat memorandum yang bersifat perkauman terhadap kaum lain.

A 6

Sambungnya lagi, warga Rohingya tidak sepatutnya dilayan sedemikian rupa kerana mereka juga manusia sama seperti kita semua. Jelasnya, dia menetap di Selayang dan keluarganya sering membelikan makanan buat warga Rohingya selepas melihatkan keadaan mereka yang sangat daif dan menyedihkan. 

Tegas wanita ini, warga Rohingya wajar dilayan secara adil oleh rakyat Malaysia, dan isu perkauman tidak sepatutnya menjadi satu masalah.

B 7

Namun begitu, luahan wanita tersebut menerima kecaman orang ramai yang mempertahankan tindakan restoran itu. Rata-rata netizen berkongsikan pengalaman pahit mereka apabila berhadapan dengan warga Rohingya di Malaysia.

“Nak jaga customer untuk keselesaan”

Komen1

“Pernah dimaki dan diludah kerana tak beri duit”

Komen2

“Kalau minta sedekah je mesti pakai ketayap”

Komen3

“Diorang paksa kita suruh bagi lebih”

Komen4

Bagaimanapun, pihak restoran ada mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kerana menyentuh isu perkauman dan kewarganegaraan. Mereka juga berjanji akan berwaspada terhadap apa sahaja kenyataan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang.

3 11

 

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: “Dapat arahan tembak semua Rohingya” – Askar Myanmar Akhirnya Mengaku Penghapusan Etnik Rohingya Memang Wujud

Capture 68

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.