in

Restoran Di KL & Pulau Pinang Akan Merebut Pengiktirafan Michelin, Keputusan Bakal Diketahui Disember Ini

1ms

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sekian lama diraikan sebagai syurga makanan, akhirnya makanan Malaysia akan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Michelin Guide akan mula diperkenalkan kepada peminat makanan dan restoran bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Memetik laporan The Star, pilihan restoran Michelin Guide Malaysia akan diumumkan pada penghujung tahun ini.  Dengan pengumuman yang dijadualkan pada Disember ini, chef berbakat di Malaysia akan mengetahui sama ada restoran mereka telah dianugerahkan bintang Michelin.


Screenshot 2022 10 23 at 11.28.49 AM

Untuk menentukan restoran yang layak menerima pengiktirafan Michelin, penilai Michelin dengan identiti yang tidak diketahui akan menguji restoran berdasarkan lima komponen utama: kualiti bahan, penguasaan memasak, keharmonian rasa, keperibadian chef melalui masakan dan konsistensi dan keseluruhan menu.

Penilai Michelin telah menghabiskan masa yang panjang bagi meneliti masakan tempatan dan menemui selok-belok budaya dan warisan yang menjadi identiti makanan di Malaysia.

Kini, penilai Michelin masih memeriksa dan menyemak restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebelum senarai restoran yang menerima pengiktirafan diumumkan tidak lama lagi.

Screenshot 2022 10 23 at 11.28.58 AM
Gambar Hiasan

Menariknya, kedua-dua restoran dan juga peniaga streetfood yang berpotensi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan bersaing untuk penarafan bintang Michelin.

Selain penarafan bintang, pemilihan juga akan melibatkan kategori Bib Gourmand, iaitu pengiktirafan yang diberikan kepada restoran atau peniaga yang menyediakan makanan mampu milik.

Sumber: The Star

Baca: “Pehh takut tengok!” – Netizen Terpegun Lihat Warung Jual Roti Canai Sebesar Dulang Di Melaka

Screenshot 2022 10 23 at 11.31.27 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.