in

“Respect to be earn” – Pelajar Hantar Mesej Bukan-bukan Masa Cikgu Tuisyen Mengajar Online

ft cikgu tegur pelajar biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bergurau biar ada batas, jangan sampai hilang hormat. Tular di TikTok memaparkan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen secara online membuat loya buruk sehingga mengganggu ketenteraman cikgu untuk mengajar.

Tahap loya buruk itu boleh dikatakan sehingga tidak menghormati pengajar tersebut sebagai seorang guru dan individu yang lebih tua daripada umur mereka.


Artikel Berkaitan : Tak Tahu Buat Matematik Asas, Lagenda Bola Sepak Argentina Perkenal Tuisyen Tambahan Untuk Pemain Kelab

Artikel Berkaitan : Pusat Tuisyen Tawar 2 Tiket Konsert Taylor Swift Untuk Pelajar Yang Dapat Markah Tinggi Dalam Ujian

 

“Respect to be earn”

Pada mulanya, ada pelajar bertanyakan bila sesi pelajaran bermula sedangkan ia susah 30 minit berjalan, malah ada juga yang mempersoalkan integriti guru tersebut yang baru sahaja masuk bahagian pengenalan.

“Kalau awak tak boleh faham yang ini, macam mana awak nak faham yang lain”, jawab cikgu tersebut.

Mesej demi mesej yang keluar sehinggakan ada pelajar yang dah mula complain yang sesi pembelajaran cikgu ini hambar.

“Dia kalau hambar tidak menepati citarasa awak tu, tekan skrin sekejap, dia ada satu button kat sebelah kanan tu dia tulis ‘LEAVE'”, jawab cikgu itu lagi.

Tahap usikan pelajar itu dilihat semakin melampau apabila ada yang samakan rupanya dengan seorang pegawai polis yang menjadi suspek dalam kes kematian seorang calon SPM yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

https://www.tiktok.com/@ivyfoo08/video/7314558598472895752?_r=1&_t=8iM8mKjt35e

Marah dan kecewa dengan sikap pelajar tersebut, cikgu itu terdiam dan tergamam sebelum memberikan nasihat  dan teguran makan dalam buat pelajar tersebut.

“Macam ni lah abang kakak, boleh saya cakap sesuatu tak? Kelas dah berjalan selama 30 minit, apa yang saya nak beritahu di sini adalah benda yang paling penting, tentang hormat.”

“Bagi saya respect is to be earn, not to be given, kita ada ramai pelajar yang sama dengan kita, saya jenis tak takut untuk sebut nama student, saya takut nanti bila saya sebut nama awak, awak nanti tengah masuk kelas untuk tingkatan 3 atau tingkatan 4, tiba-tiba ada orang cakap, bukan kau ke yang kena marah dengan Sir Koala.”

“Jadi bila kena macam tu nanti takut awak malu dan pada ketika itu saya dah tak kisah apa dah, nanti bila awak malu, awak akan depress, bila awak akan depress, awak takkan belajar, lepastu awak akan anxiety, at the end of the day awak akan meninggal dunia sebagai failure.”

Guru ini turut mempersoalkan pelajar tersebut samada berbaloi atau tidak bersikap biadap terhadapnya.

Dalam masa 22 jam, video ini telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen begitu marah dengan sikap pelajar tersebut dan ada yang menegaskan bahawa cikgu ini seorang yang bagus.

Screenshot 2023 12 21 123606 Screenshot 2023 12 21 123636 Screenshot 2023 12 21 123732

Nak bergurau boleh, tapi jangan sampai hilang rasa sensitiviti dan lari daripada landasan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.