in

Representasi Rosmah Batal Pertuduhan Capai ‘Persetujuan’, Keputusan 6 September

Ft Rosmah Mansor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi hari ini dimaklumkan terdapat “penyelesaian” yang dipersetujui kedua-dua pihak iaitu Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan permohonannya untuk menggugurkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram elak cukai melibatkan jumlah RM7 juta.

Untuk pengetahuan korang, Rosmah sedang berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatan bernilai RM7 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika ini dan sejak Mei tahun lalu sudah menghantar tiga representasi kepada AGC.


Baru-baru ini, peguam mewakili isteri bekas perdana menteri tersebut, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan bersama Peguam Negara (AG) berhubung kes tersebut.

2232146

Sejurus itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy pada prosiding hujah akhir berkaitan kes itu pagi tadi (Jumaat).

Tambahnya lagi, perkara tersebut sudah ke peringkat akhir dan kini tinggal beberapa dokumentasi sahaja perlu diselesaikan.

Hakim kemudian telah menetapkan 6 September bagi keputusan representasi itu.

Ahmad Akram Gharib High Court 2202 2

Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan elak cukai ke atas Rosmah sebelum ini sudah pun bermula dengan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sebelum ini, Rosmah turut disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes rasuah yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Artikel berkaitan : Dakwa Pertuduhan Tiada Asas & Cacat, Rosmah Mansor Mohon Dibebaskan Kes Ubah Wang Haram

Artikel berkaitan : “Tak boleh nafi je kena bagi bukti” & Anak Rosmah, Azrene Beri Pendapat Mengenai Kes Rasuah Solar Hibrid?

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara dan denda.

Rayuan kes solarnya ditetapkan untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Oktober.

Sumber : malaysiakini

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.