Tidak dapat dinafikan, kadangkala tindakan manusia itu sangat tidak dapat dijangka, malah ia juga boleh jadi sedikit keterlaluan.
Seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini apabila seorang remaja berusia 15 tahun tidak sedarkan diri selama dua hari di hospital kerana dipukul oleh sekumpulan remaja lain gara-gara dia dikatakan terlalu kacak.
Artikel berkaitan: “Prince charming” – Kenali 7 Putera Raja Yang Dianggap Paling Kacak Dalam Dunia
Artikel berkaitan: Lelaki Warga Emas Cedera Dibelasah Pemuda ‘Baran’ Gara-gara Tak Bagi Signal
Menurut Thaiger, remaja yang dikenali sebagai Mooyong itu telah dimasukkan ke Bandung Crown Prince Hospital pada 11 Februari lalu selepas serangan fizikal itu. Selepas Mooyong beransur pulih, dia menceritakan kejadian itu kepada pihak media tempatan.
Menurut Mooyong, dia bersama empat rakannya pergi ke kedai gunting rambut pada hari itu dan terserempak dengan empat orang remaja lain ketika dalam perjalanan. Mereka menghalang serta menghentikan motosikal Mooyong dan mencabarnya untuk bergaduh.
Apabila Mooyong bertanya tentang punca kemarahan mereka, kumpulan itu menjelaskan mereka iri hati dengan ketampanannya.
Remaja 15 tahun itu berkata, dia menjadi takut untuk berlawan apabila mereka mengacukan pistol dan semasa pertengkaran itu dia dipukul di bahagian leher lalu menyebabkan Moonyong tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.
Seramnya! Jadi good looking sangat pun bahaya!
Sumber: Thaiger