in

Remaja Tak Terima Ditegur Perlahankan Suara Dalam Wayang, Siap Bagi Amaran L*cah

ft remaja biadap dalam wayang

Sekumpulan remaja di sebuah panggung wayang di Johor Bahru dilaporkan mengganggu ketenteraman penonton lain dengan membuat bising sehingga ditegur oleh salah seorang penonton untuk merendahkan suara mereka dengan cara yang sopan.

Namun, ia membuatkan remaja tersebut berang dan menempelak wanita itu dengan memberi ugutan yang menakutkan. Menurut wanita yang bersama adiknya itu, penonton lain juga turut menegur kumpulan remja tersebut namun mereka tidak mengendahkannya.

Artikel berkatian: “Biadap, pendusta” – Aaron Aziz Luah Rasa kecewa Duit ‘Sales’ Isteri Dicuri Pekerja

Artikel berkaitan: Lelaki Nafi Buat Ugutan B*nuh Terhadap Baby Shima, Dakwa FB Kena ‘Hack’?

Lebih teruk lagi, kata-kata yang dihambur oleh salah seorang remaja tersebut berbaur lucah yang boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual terhadap wanita tersebut.

“Kawan aku cakap dia nak rog*l kakak kau.”

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa bahawa remaja itu ada menghina salah satu watak dalam filem yang ditonton dengan menggelarkannya ‘hitam’. Menurut sumber, kejadian ini berlaku pada 3 Mei lepas semasa mereka menonton animasi muzikal Jepun yang bertajuk Colorful Stage! The Movie: A Miku Who Can’t Sing.

493515685 1292573592455281 1656763979836281714 n

“Saya cuma nasihat dan minta mereka dengan cara sopan tetapi saya dihina. Sukar nak percaya bahawa yang mereka boleh berkata begitu.”

“Tingkah laku mereka mencerminkan kegagalan ibu bapa mereka dalam mendidik anak. Ia juga mencerminkan keadaan mereka di rumah. Tidak sukar untuk meneka siapa yang mengajar mereka berkelakuan sebegitu.”

495489830 1292573902455250 2333983625241675788 n

Difahamkan, pada waktu kejadian wanita tersebut dan adiknya tidak membalas kata-kata itu kerana enggan untuk mengeruhkan keadaan lagi. Malah, wanita tersebut menjelaskan bahawa dia tidak dapat melaporkan perkara ini kerana tiada kakitangan panggung wayang yang bertugas ketika itu.

Bagaimanapun, wanita ini telah membuat aduan dengan pihak pengurusan pawagam selepas kejadian berlaku.

Mangsa juga memaklumkan yang dia tidak merakam perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu kerana mengikuti garis panduan Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 dan tidak mahu melanggarinya.

495171994 1292573995788574 3003619097880711706 n

“Kami tak nak lawan mereka kerana jika kami tidak mengawal konflik ini dengan baik, kami akan didakwa mengganggu kanak-kanak bawah umur.”

Dalam pada itu, dia turut memberikan peringatan kepada ibu bapa remaja berkenaan agar tidak membela anak-anak mereka sekiranya hantaran itu sampai ke perhatian mereka.

Sumber : WORLD OF BUZZ, Facebook