in

Remaja Tak Pasal-pasal Kena Marah Dengan Pakcik Baju Hijau Sebab Tegur Merokok Di Kedai Mamak

Ft Pakcik Baju Hijau Merokok 1

Umum mengetahui bahawa restoran ataupun premis makanan telah menjadi kawasan larangan merokok sejak 1 Januari 2020 dan mana-mana pihak yang ingkar terhadap peraturan ini boleh dikenakan tindakan. Tapi masih ada yang tak ikut kan?

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di Twitter yang memaparkan kejadian di mana seorang individu telah berang selepas ditegur oleh dua orang remaja gara-gara dia menghisap rokok di kedai mamak.

Menerusi video berkenaan, pak cik berbaju hijau itu dilihat bertindak menuding jari ke muka remaja tersebut serta memarahi mereka susulan berasa tidak puas hati dengan teguran yang diberikan.

Dapat dilihat juga seorang lelaki berbaju hitam sedang cuba menenangkan keadaan sebelum ia menjadi lebih buruk.

“Awak pegawai apa? Mamak kedai ni pun tak berani tegur saya lah. Biadap apa? Eh awak ni melebih tau,” kata pak cik tersebut.

Berdasarkan penjelasan remaja tersebut, pada waktu kejadian mereka sedang duduk di sebuah meja di belakang pak cik berkenaan sebelum dia dengan selambanya merokok walaupun di meja itu telah terpampang sebuah notis yang menyatakan ‘dilarang merokok’.

Screenshot 13

“So tadi kita orang duduk sini lepas tu ada satu pakcik tu macam s*al duduk sini hisap rokok. Padahal ada notis ‘no smoking’,” jelas remaja itu.

“Hidup kena bertoleransi” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang terhadap tindakan pak cik berbaju hijau itu apabila dia memarahi remaja tersebut sedangkan kawasan tersebut sememangnya kawasan larangan merokok.

Screenshot 2

Dalam sebuah perkongsian berasingan, seorang pengguna Twitter telah berkongsi cara yang betul untuk membuat aduan mengenai perokok yang melanggar larangan ini di mana-mana tempat sekalipun.

Screenshot 3

Seeloknya kita tegur la cara baik ataupun kita report je kepada pihak berkuasa…

Sumber : Twitter

Baca : Doktor Beri Amaran Bahaya Merokok Lepas Berbuka Puasa, Ini Sebabnya…

Bahaya Merokok Lps Berbuka 728X383 1