Belakangan ini, kerap berlaku kes orang hilang terutama dalam kalangan orang muda. Dalam bulan ini sahaja, boleh dikira berapa ramai dilaporkan sebagai kes orang hilang.
Terbaharu, berita kehilangan seorang remaja perempuan yang hilang selepas keluar dari rumah sejak 2 Julai lalu, disahkan polis telah pulang ke rumah keluarganya di Taman Cempaka, Bukit Selambau, Kedah, pada petang semalam.
“Remaja terbabit sudah pulang ke rumah jam 4 petang semalam,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail.
Artikel berkaitan: Albertine Leo Disatukan Dengan Keluarga, Saudara Kongsi Gambar Dengan Kanak-kanak Hilang
Artikel berkaitan: “Kumpul lemak tapi tak hamil?” – Wanita Terkilan Kena ‘Body Shaming’ Dengan Sepupu Ketika Beraya
Diejek rakan punca remaja lari rumah
Memetik sumber Berita Harian, Nurshazlyna Rosidi,14, dipercayai tertekan dan bertindak lari dari rumah kerana tidak tahan akibat sering diejek mengenai bentuk badan oleh rakan sekolahnya.
Terdahulu, bapa Nurshazlyna iaitu Rosidi Hanfi membuat laporan polis selepas dua hari anak tunggalnya itu tidak pulang ke rumah.
Menurut laporan, Rosidi memaklumkan yang dia dapat berhubung dengan anaknya itu melalui panggilan telefon dan cuba memujuknya supaya pulang namun remaja itu tidak memaklumkan di mana dia berada.
“Nurshazlyna juga berjanji akan pulang ke rumah setiap kali dihubungi keluarganya tetapi tidak pulang sehingga hari ini. Remaja itu juga turut memberitahu ingin hidup bebas.”
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia selamat pulang ke pangkuan keluarganya…
Sumber: Berita Harian