in

Remaja 19 Tahun Tunggang Motosikal Dari 21 Mac Selamat Tiba Di Tanah Suci

Tanah Suci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja berusia 19 tahun, Muhammad Aidil Nursulhi telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah, Arab Saudi semalam. Perjalanan Aidil dari Malaysia itu telah berjaya dilakukan dengan menunggang sebuah motosikal keluaran tempatan, Modenas Kriss 110.

Kejayaan Aidil menunggang motosikal sehingga ke tanah suci itu dikhabarkan dalam satu hantaran oleh bapanya di akaun Facebook Aimpro Samudra.


Screenshot 2024 05 05 At 3.45.11 Pm Screenshot 2024 05 05 At 3.45.25 Pm

Artikel berkaitan: Arab Saudi Wajibkan Jemaah Ke Tanah Suci Untuk Ada Kad Nusuk Mulai Tahun Ini

Artikel berkaitan: “Seorang lagi dalam baju” – Ibu Tunggal Bawa 3 Anak Naik Motosikal Balik Beraya Raih Simpati Pasangan Ini

Satu akaun Instagram bertema dunia motosikal juga melaporkan kejayaan anak tempatan itu. Dalam hantaran @ftgaragehelmet itu dilaporkan Aidil mula meninggalkan tanah air pada 21 Mac 2024 yang lalu.

Selepas 45 hari menunggang motosikal, beliau telah selamat tiba di Tanah Suci Madinah. Kejayaannya secara tidak langsung menunjukkan kelasakan motosikal jenama tempatan untuk mengharungi perjalanan jauh dan panjang.

Tahniah diucapkan kepada Aidil, satu pencapaian yang luar biasa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.