Sedih memikirkan kes serangan seksual seolah-olah satu berita biasa yang kita dengari setiap hari. Kali ini, satu lagi kes mengejutkan orang ramai di seluruh Malaysia di mana seorang remaja berusia 18 tahun ditahan baru-baru ini kerana didakwa merogol tiga adik perempuannya. Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Tiga, Sungai Layar, Kedah.
Menurut The Star, suspek telah merogol dua daripada tiga adiknya berusia 9 dan 14 tahun sebelum mula merogol adiknya yang paling muda berusia 8 tahun. Abang jenis apa kau ni?
Sebelum ini perbuatannya merogol dua adiknya itu tidak terbongkar sepenuhnya sehinggalah perbuatan merogol adik ketiganya itu diketahui.
Laporan menyatakan dia telah mengheret adiknya berusia 8 tahun itu ke sebuah rumah kosong di sebelah rumah mereka kira-kira jam 8 malam pada hari Rabu untuk merogolnya. Selepas memaksa adiknya melakukan hubungan sumbang mahram, suspek mengugut kanak-kanak itu untuk memukul jika dia memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
Bagaimanapun, mangsa yang trauma kemudian memberitahu ibunya yang berusia 39 tahun berkenaan insiden itu keesokan paginya. Ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani.
Selepas membuat laporan tentang kejadian menimpa adiknya berusia 8 tahun itu, dua lagi adik perempuannya tampil memberitahu insiden yang berlaku kepada mereka juga. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Saifi Abdul Hamid, wanita itu tahu tentang kes rogol sebelum ini namun tiada laporan polis dibuat kerana menyangka anaknya bergurau selepas suspek mendakwa adik-adiknya membuat fitnah.
Polis telah menahan suspek pada Jumaat selepas remaja tidak mempunyai pekerjaan itu menyerahkan diri di balai polis dan akan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
“Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan suspek didapati positif dadah,” kata Supritendan Saifi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, keluarga sendiri pun dah tak boleh dipercayai.
Baca: Remaja 19 Tahun Salahkan Ibu Kerana Membuatnya Tergoda Hingga Paksa Lakukan Seks